Assalamualaikum admin krt, Disini saya nak luahkan perasaan saya.. saya tersilap langkah sebelum kahwin dengan isteri saya Pertama saya lupa tengok bagaimana dia menjaga agamanya,
Kedua saya lupa tengok keturunannya/baik atau buruk. Ketiga saya lupa tengok kecantikannya/hatinya. Keempat saya lupa tengok hartanya.
Rasanya ramai yang gagal list2 tu kan.
Maka, terjadinya benda yang saya tak ingin terjadi dalam saya tersilap langkah saya. Sebelum kahwin, saya sudah terangkan pada pasangan yang saya bukanlah orang yang senang, dan pasangan terima seadanya, sebelom kahwin kan, katanya demi anaknya dari lahir belum lihat ayah kandungnya. dan tidak kenal ayah kandungnya..
Faham2 la admin… (mesti la dia ibu tunggal) dan family dia dah cerita pada saya mengapa anaknya perpisah.. hampir setahun berkawan jarak jauh, hnya call dan msg sebelom kahwin. Majlis kahwin berlangsung seperti dirancang alhamdulillah majlis selesai..
Nak dijadikan cerita, hari ketiga saya dah kena marah sebabnya saya terbangun lewat.. mase tu masih lagi dirumah family mertua.. tak pelah saya terima sebab salah saya lupa kunci jam. Dan majlis belah family saya pon berjalan dengan lancar. maka, kami pon duduk dirumah sewa.. waktu tu tinggal anak kejap, bagi kami untuk ruang bersama.
Biasala ibu kan baru berapa minggu duduk bersama rindukan anak sebabnya anak nenek jaga. Dari lahir pon duduk dengan nenek dan atoknya dikampung so mintak isteri mintk izin balik kampung seorang diri sebabnya proses cuti saya memang cerewet untuk lulus, dalam mase sebulan kerap juga balik kampung.. bagi saya tak pela. rindukan anak, kalau duduk dengan saya pon kerap sangat bergaduh pasal saya lambat basuh pinggan je..kerje rumah pon saya akan bantu dia.
Kami pon berbincang bawa anak tinggal sekali sebabnya anaknya rapat sangat dengan saya, dan saya anggap anak tiri saya tu macam anak saya sendiri, rupanya2. hanya 3 bulan saja isteri saya mampu bertahan hidup sebumbung dengan saya sebabnya tak sanggup hidup susah. bagi saya, susah ape yang dia nak tak dapat. belum lagi rasanya tak pernah tak makan, belum lagi saya mengemis beras pada orang..
Bagi saya, tak ape lagi. Saya izinkn la die duduk dengan family dia, family dia pon tak larang anaknya nak duduk dengan dorang, nak mencari keje di sana. Saya sedih, bila saya balik sana. seolah2 saya rasa seperti orang luar yang menumpang tidur disana. Alhamdulillah ank tiri saya beri layanan pada saya. kami rapat sangat.
Dari segi kewangan saya gagal pada anak tiri saya mungkin belum rezeki ada pada anak saya untuk saya berikan, jangan kata saya tak pernah beli pampers anak pulak. berak pon saya pernah basuhkan. dan kalau dia balik kampung saya, saya beri layanan seperti suami melayan isteri. prinsip saya biarlah orang buat pada saya, saya tak akan buat begitu pada orang.
Semakin hari, isteri saya nie buka aib saya di facebook ya memang betul tiada nama, tapi saya tahu ditujukan pada saya untuk rakan2nya membaca kisah hidupnya. Semakin hari semakin jadi. jika seorang isteri agungkan lelaki lain, tapi bukan pada suami. Seolah2 dia buat yang dia masih bujang lagi. apa salah saya min. tiap2 bulan saya beri nafkah..selama dia duduk kg, dia akan tnya bila gaji masuk..tu jela soalan2 yang ditanya dulu.
Semakin hari, semakin teruk. tapi saya memikirkan tentang anak tiri saya. sebab kami rapat sangat. Apa yang harus saya lakukan? Pesanan pada pasangan2 belum kahwin, jangan jadi macam saya. ikutlah ciri2 pasangan islam jjangan gagal macam saya… Terima kasih admin siarkan kisah saya.




