Assalamualaikum. Saya menggunakan FB kawan saya kerana takut identiti saya akan terbongkar hingga menimbulkan masalah dengan ahli keluarga saya. Harap admin dapat post confession saya ni kerana saya benar2 memerlukan pertolongan dan pandangan orang ramai.
Saya merupakan seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak Bila saya sudah berkerjaya dan berkeluarga ni satu perkara yang sering bermain di fikiran saya, seandainya saya meninggql duit simpanan dalam bank, KWSP, tabung haji dan segala harta saya yang lain, adakah semua ini akan difaraidkan, walaupun saya sudah membuat isteri dan anak saya sebagai penama?
Senang cerita, dengan membuat isteri dan anak saya sebagai penama, saya sudah BERNIAT di waktu hidup saya untuk menghadiahkan segala harta saya kepada isteri dan juga anak saya, adakah ia dikira/tidak dikira sebagai hibah mengikut Islam? Adakah syarat hibah memerlukan hitam dan putih? Saya ada membuat banyak carian di google mengenai hibah di internet.
Apa yang saya faham, majoriti pendapat mengatakan bahawa walaupun si mat! sudah meletakkan penama bagi hartanya, tetap si penama itu perlu membahagikan harta itu secara faraid. Adakah betul perkara tersebut? Tapi, seandainya saya sudah berniat di waktu hidup saya untuk menghibahkan segala harta saya buat isteri dan anak, adakah hqram bagi mereka sekiranya mereka tidak membahagikan harta tersebut mengikut faraid?
Terlalu banyak kes waris2 tidak bertanggungjawab yang sering saya baca di internet buat saya takut akan nasib isteri dan juga anak saya sekiranya nyawa saya tak panjang. Maaf saya katakan, tapi mengenali keluarga saya, saya yakin yang mereka tidak akan menjadi ahli keluarga yang bertanggungjawab pada ahli keluarga saya.
Ayah saya, suka berjudi, hutang keliling pinggang hingga rumah nak dilelong, mak saya pula suka berjoli, gila shopping seperti orang ada duit, suka bercuti walaupun dengan duit berhutang dengan orang. Penat saya nasihatkan mereka untuk berpijak di bumi yang nyata, ukur baju di badan sendiri. Tapi, nasihat saya seperti sia2. Begitu juga sikap adik beradik saya yang lain.
Saya tak kisah kalau harta saya difaraidkan sekiranya keluarga saya memang berakhlak baik yang saya rasa memang akan bertanggungjawab terhadap anak saya sekiranya saya dah tak ada. Saya juga tak kisah sekiranya harta saya difaraidkan jika benar ahli keluarga benar2 memerlukan.
Tapi saya tak sanggup sekiranya harta saya difaraidkan untuk melunaskan hutang2 judi ayah saya, untuk ibu saya bershopping sakan dan bercuti ke luar negara. Saya lebih rela harta saya digunakan oleh isteri dan anak saya untuk kelansungan hidup mereka sekiranya saya dah takde. Terima kasih pada yang sudi membantu. Semoga Allah merahmati.




