Salam Min. Moga warga krt sume sihat. Sebelum start bercerita saya cuma mahukan pendapat yang positif dan membina ye. Jangan kecam saya. Segala sudut pandangan amat di hargai. Bermulanya begini, saya seorang janda beranak 1. Saya sudah bertunang dengan duda beranak 3. Hampir 3 tahun bertunang namun saya masih was2 untuk berkahwin. Ex hubby masih lagi bertanggung jawab menyara anak kami yang berusia 4 tahun.
Memang mudah berkata duda bertemu janda tiada halangan. Family saya pada mulanya tak bersetuju kerana anknya yang ramai. Lebih2 pula saya seorang ank perempuan bongsu dari keluarga yang senang. Mak Ayah mana mahu hidup anaknya susah. Tunang saya cuma bekerja sebagai cust svc yang bergaji sekitar 3k sahaja. Family ada bandingkan dengan ex hubby yang sudah tough dengan keadaan ekonomi disamping latar belakang family yang bagus.
Ex pernah menyuarakan hasrat untuk berbaik kembali dan tidak ulangi perbuatam curang yang berkali2 dulu. Tapi sukar untuk terima bila kemaafan telah diberi beribu kali. Saya masih dengan tunang saya. Tapi tetap baik dengan ex hubby kerana dia bertanggung jawba dalam segala keperluan ank saya. Tunang seorang yang baik tapi masalah kewangan selalu berlaku. Baru2 ni saya cuba merapatkan diri dengan ank2 nya. Kami keluar bersama dan saya mengajak mereka tidur dirumah saya.
Oleh sebab faktor ekonomi saya seorang yang berjawatan tinggi namun sudah hampir setahun kehilangan pendapatan kerana sukar mendapat gaji yang sekarang lebih seperti dahulu. Saya gunakan saving saya namun ternyata makin surut. Tunang menolong membayar separuh duit kondo bulanan saya. Dia juga sering bertanya bila saya akan menikah dengan nya. Namun saya masih ragu2 kerana sering saya terfikir bolehkah dia menyara saya.
Saya pernah ke rumahnya. Saya tak berniat mengutuk mahu pun menghukum. Saya tak tau bagaimana dia mampu hidup dalam keadaan rumah yang tak berlangsir cuma letak kain menutup tingkap. Tiada sarung cadar dan bantal. Keadaan lantai yang melekit2 sampai saya ke bilik air hampir tergelincir kerana sangat kotor. Tiada ruang untuk duduk disofa penuh sgn plastik air, kertas2 dan sisa makanan berterabur. Sedangkan dia tinggal bersama ibu dan ayahnya dirumah yang besar tapi kebersihan tiada langsung.
Saya tetap positif berfikir yang mungkin mamanya sudah tua tak larat untuk mengemas. Bapanya seorang pilot begitu juga adiknya , 2 orang perempuan bawahnya adalah doktor. Yang mendiami rumah itu adalah Mak ayahnya, dia dan anak2 nya. Namun terdetik dihati mereka mampu untuk menggaji maid. Cuma tunang seorang yang kurang berjaya kerana tak habiskan pengajian dan terus berkahwin dalam usia yang muda iaitu 20 tahun. Namun perkahwinan nya gagal setelah mendapat ank ke 3 kerana kecurangan pasangan. Anak2 sumanya diperliharanya. Ex wife lepas tangan lari dengan lelaki lain.
Saya sangat hairan bagaimana mereka boleh tinggal dalam keadaan yang sangat kotor. Tahun pertama bertunang saya pelik hari raya bagaikan hari biasa. Anak2 nya tidur sampai ke tdngahri. Hari raya bagi family saya amat penting. Kami akan berkumpul adik beradik bersama pasangan dan anak2 makan dan bermaafan bersama namun tidak pada fmly tunang. Saya amat marah kerana hidupnya tak seperti orang dan saya suruh untuk dia berubah.
Tahun ni saya memaksa untuk membeli baju raya anak2 nya dan datang beraya dirumah parents saya. Bila saya ingin kerumahnya dia bagi pelbagai alasan. Akhirnya dia mengaku malu rumahnya kotor dan ibunnya cuma memasak lauk biasa ketika raya. Minggu lepas saya cuba pujuk hati keluar bersama anak2 nya dan anak saya pergi menonton wayang dan ajak mereka datang ke kondo saya. Saya jenis seorang yang agk perfectionist. I really meant it. Suka keadaan teratur.
Saya cuba untuk menyesuaikan diri. Memasak untuk mereka Sebabkan saya kesian dengan anak 2nya baju dibeli di Mydin dan pasar malam je Bukan saya nak hina Ex wife nye seorang stewardess. Tapi kehidupan anak2 nya sangat sedih. Saya beberapa kali membeli pakaian untuk mereka. Bukan yang mahal2 sangat pun. Sekadar padini, brands outlet. Barula nampak sikit anak2 ini terjaga.
Berbalik pada masa mereka tinggal di rumah saya selama 2 malam. Anak2nya seorang yang pengotor. Makan meja berterabur. Pakaian sepah sana sini. Namun saya cuba tegur pinggan harus cuci lepas makan. Perlu tolong saya basuh apa2 yang ada dalam singki. Apa yang mereka tahu main game dalam hp. Sedangkan anak kecil saya berusia 4 tahun pandai mengangkat pinggan dan mahu tolong kemas rumah.
Saya tak salah kan budak2 mungkin mereka membesar dalam keadaan kucar kacir. Tapi saya tak tau adakah saya mampu untuk bersabar dan memikul tanggung jawab berat kerana anak2 nya ternyata tak reti buat kerja dan dah biasa dengan persekitaran kotor. Nampak sampah depan mata bole buat tak tau. Sangat berbeza dengan cara mak saya mendidik kami. Selama anak saya bersama anak2 nya anak saya sangat suka bermain hp sahaja. Saya takot ianya impak anak saya yang kecil jadi perangai seperti mereka.
Tahla min. Tunang seorang yang baik tapi jahatkah saya berfikiran seperti tu. Tapi kenyataanya hidupnya dengan saya amat berbeda. Saya takut saya menyesal seumur hidup pula. Bantula saya dengan pendapat2 anda suma ya. Saya bukan lah tiada rupa. Perlukah saya meneruskan perhubungan atau memutuskan sahaja.
Untuk makluman min tunang saya pernah beberapa kali berkenalan dengan wanita sebelum saya. Dia menduda sudah hampir 8 tahun. Anak2nya berusia 14, 13 dan 10 tahun. Namun tiada wanita yang sanggup meneruskan hubungan dengan nya.





September 6, 2018
The Testimony is so clear …. anda seorang perfectionist dan pembersih … bolehkah meneruskan kehidupan dengan Tabiat yg mcm ni..