Salam krt. Aku seorang wanita yang bekerjaya, gaji aku mencecah 8k sebulan. Aku berumur 31 tahun tapi belum berumah tangga. Sebab zanan sekarang susah nak cari lelaki yang baik. Aku bukan jenis perempuan bodh yang suka menanggung biawak hidup.. aku ada rumah sendiri tapi rumah yang agak jauh dari tempat kerja so aku ambil keputusan untuk tinggal rumah abang aku. Rumah abang aku rumah aku juga kan? Sebab dia darah daging aku..
Kisah aku min? Kisah rumah tangga juga. Sebab ni berkaitan kakak ipar aku. Kakak ipar aku ni muda dari aku. Muda 7 tahun, ada degre, tapi dia tak hargai sijil dia tu. Ada kah orang pegang degre tapi dok rumah je? Baik jangan pergi sekolah. Dah tu hutang2 ptptn dia abang aku yang kena setel.. masalahnya sekarang macam mana nak ajar kakak ipar yang pemalas ni?. Dah lah menumpang kat sini.. malas pula tu.
Kakak ipar aku ni basuh baju dia dan abang aku je. Baju aku? Aku ni letih, balik kerja nak rehat. dia tu duduk rumah je kangkang.. masak pun tak masak sekali untuk aku, makan pun tak panggil aku. Lepas tu pandai komplen bila aku ajak kawan2 datang rumah karok, bila aku pakai aircon muka dia hitam macam kena tampar. Hello letrik abang aku yang bayar. Bukan engko, bila aku nak pakai wifi malam2. Dia pergi tutup..
pernah sekali baju aku ada kat dalam mesen Aku ingat dia dah jemur seminggu baju aku tu dia simpan dalam baldi je puihh. Kalau aku makan, pingan aku dia tak basuh, sampai berulat pun dia tak peduli padahal dia takda kerja min, anak pun tiada.. apa kah patut aku bagi tau abang aku yg bini dia kurang ajar. Atau aku kena bagi tau mak aku kat kampung? Biar mak aku ajar menantu jenis kurang ajar ni..




