Hi admin.tolong hidekan fb saya
Fikiran saya celaru sekarang, antara intan dan permata… saya sudah mempunyai isteri dan mempunyai teman wanita, saya ada teman wanita secara tidak sengaja semasa isteri melanjutkan penggajian di luar Negara, teman wanita saya ini yang sentiasa ada bersama saya semenjak isteri berada di luar Negara, isteri jarang hubungi saya, whasapp or messenger pun kadang2 semingu sekali baru reply…saya dengan isteri tiada anak lagi
Teman wanita saya ini amat sayang dan cintakan saya, Dia sanggup melakukan apa sahaja demi saya sehingga sanggup untuk menjadi isteri kedua saya.
Masalah sekarang isteri saya telah kembali ke malaysia dan hanya Allah tahu bertapa bahagia nya hati saya kerana dia adalah wanita pertama yang Berjaya membuka pintu hati saya dan mengajar erti sebuah cinta. Saya serba salah sekarang, tidak tahu bagaimana ingin berjauhan dengan teman wanita saya, dan isteri saya juga telah mengetahui mengenai hubungan ini dan hanti dia hancur min, hati dia hancur. setiap malam saya selalu Nampak dia mengalirkan air mata, duduk berseorangan di bilik dan jarang nak makan, sedih min remuk hati saya tapi pada masa yang sama saya juga sayangkan teman wanita saya..
sy buntu min… Teman wanita saya rapat dengan nenek saya min. dan nenek saya suka sangat dengan wanita saya entah kenapa nenek saya sering memuji teman wanita saya walaupun di depan isteri saya,.ya Allah saya tahu bertapa remuknya hati isteri saya min bila nenek memuji wanita lain selain isteri saya.
Baru2 ini. kecoh family saya min nenek saya kata teman wanita saya mengandung min dan nenek saya memaksa saya segera melangsungkan perkahwinan saya dengan teman wanita saya. bagaimana saya nak berkahwin sedangkan saya masih mempunyai isteri yang sah. nenek memaksa saya min. untuk pengatahuan min saya amat hormat kepada nenek saya dan takut untuk derhaka kepada orang tua..
Tapi min saya tak penah sentuh pun teman wanita saya ini even sepanjang 5 tahun isteri saya di luar Negara saya tak penah ambil kesempatan ke atas teman wanita saya dan bagaimana teman wanita saya boleh mgandung. Saya telah bertemu secara face to face dengan teman wanita saya dan tanyakan kebenaran samaada dia prenent ataupun tidak, terus dia mengamuk min dia cakap tidak mengandung dia buat semua ini hanya untuk menikahi saya, saya dah cakap ini salah. dan dia menjerit dekat saya min. Dan dia ugut untuk bnuh diri min kalau saya tidak menerima dia, apa perlu saya buat min? ianya melibatkan nyawa dan seorang lagi melibatkan perasaan..
Yaa Allah berikanlan jalan dan petunjuk kepada ku, aku betul2 buntu
Semalam, Hari jumaat bertarikh 27 Julai 2018 telah belangsung majlis pertunangan saya dengan teman wanita saya, majlis ini diuruskan sendiri oleh nenek saya min.. saya tidak mampu untuk mengatakan tidak dan juga tidak mengatakan ya.. isteri saya dari semalam menghilangkan diri, saya telah cuba untuk mencari di rumah dia, hubungi dia , langsug tidak berjawab… saya amat risaukan keselamatan diri dia min.. perasaan dia min.. saya tahu hati dia tengah remuk berkecai berderai min…kejamnya saya.. saya cuba hubungi ibu mertua saya min, saya bahasakan ibunya mama… mama kata dia hanya boleh bantu saya setakat ini sahaja.. terus dia letak telefon… Allah lindungi la isteri ku..ya Allah
Min…nenek nak segerakan majlis pernikahan kami min..hari nie dan telah mengaturkan kursus kahwin saya pada minggu depan min.. saya juga telah mendapat masej pengesahan dari pusat kurus tersebut min… dan nenek merancang untuk kahwin kan kami ada pada 31 Ogos ini min.. semuanya berlaku terlalu cepat min.. saurdara mara saya.. sahabat andai.. kawan2 dan masyarakat diluar abis kecam kami min.. adakah saya dayus min sedangkan saya sayangkan isteri saya.. dan saya juga tak nak jadi apa2 kepada teman wanita saya min… saya kenal teman wanta saya itu dan dia memang sanggup lakukan apa sahaja min untuk dapatkan saya..saya tidak akan mbiarkan dia membnuh dirii kerana saya min..





July 30, 2018
bro, biar lah dia nak bunuh diri ke ape ke, dia bukan tanggungan awak, dia bunuh diri tu hak dia dengan allah. biar lah dia. yg awk ni pun satu kenape gatal gelenyar sgt. dah tau ade bini tu fokus ke bini je laa. awk dah tahu teman wanita awak tu a.k.a gf awak tu jahat, buat pe nak jd kan bini lagi? dia dh menipu kata mengandung bagai. dasar pempuan gatal. x nmpk lagi ke yg dia cuba runtuhkan masjid awk dengan isteri awk? snggup jadi bini nmbr dua. pastu pesan kat nenek tu, Yang AWAK DAH ADA ISTERI. GF AWAK TU TAK DE HAK PUN NAK PAKSA2 AWAK. NAPE EKK NENEK AWAK TU? KENE MAKAN NASI KANGKANG KE APE NI? dia ade hasut ape2 ke kat nenek awak? tak kesian ke dekat isteri awak? dia setia dg awak selama 5 tahun, tp awak curang dgn dia? wtf kejam nye. pmpuan tu boleh kawen dgn lelaki lain laa. sanggup ke nak bercerai dengan bini awak tu? heih laa ape2 nnt cite aa balik kat page ni. bukan ape, awk yg nak kawen nenek awak yg beria ria. maaf kalau ade terkasar bahasa. heih, takut nnt awak tgh bersanding, bini awak tgh bunuh diri. sanggup patahkan hati isteri sendiri demi pempuan x bermaruah mcm gf awak. eh gf awak tu x tau malu ke? eiyyu sampah nye FUTURE WIFE YOU!