jAssalamualaikum warga krt.saya sudah berkahwin dan mmpunyai seorg anak hampir usianya 3 tahun.. saya menulis diruangan ini untuk meluahkn apa yang saya rasa dan saya lalui selama saya berumah tangga hampir 4 tahun ini. Perkahwinan saya dan suami tidak dipersetujui awalnya. Kerana ibu bapa saya rasa bahawa suami saya tidak layak untuk menjaga saya. Malah mereka tidak berkenan dengan sikap suami saya yang kedekut dan suka mengambil kesempatan. Maka mereka beranggapan bahawa suami saya berkahwin dengan saya tidak ikhlas dn ada niat tertentu.
Baiklah. Saya ada ijazah. Ijazah in biologi perubatan. saya bekerja di bawah salah satu anak syarikat keluarga saya. suami pula bekerja sebagai kerani walaupon suami ada ijazah namun rezeki suami tidak semurah yang disangka. Suami tidak pernah memberi nafkah kepada saya kerana tidak mampu namun setiap bulan suami beri duit belanja padaa ibunya atas alasan berkat. Positif nya mungkin suami tidak sedar rezeki die tersekat kerana tiada keberkatan dari isterinya iaitu saya sndiri. Saya diamkn sahaja.. dan selama 4 tahun ini saya banyak memendam perasaan.
Suami sangat berkira dengan saya dan anak mungkin kerana die rasa saya mampu bayar dan sara diri saya sndiri. Walhal saya tahu suami ada simpanan yang banyak yang saya tak tahu untuk apa. Suami pernah juga bercinta dengan wanita lain di belkang saya smasa saya sarat ingin melahirkn. Suami saya lebih suka berkawan dengan wanita lain sebagai teman rapat untuk berkongsi semuanya. Suami selalu cakap tiada duit tapi dalam die tiada duit, die boleh pergi mana2 negara yang die suka untuk berhibur bersama rakannya dan meningglkan saya dan anak saya dirumah.
Saya masih ingat betapa sakitnya saya dalam pantang tetapi suami pergi berseronok dengan rakannya di negara jiran. Luka Die bercinta dengan wanita lain dan luka die tinggalkn saya demi keseronokan die tak pernah sembuh. saya luah disini kerana saya tiada sesiapa untuk saya minta pendapat. Kalau beritahu pada ibu bapa saya? Mahu saya kena bertubi2 sebab dari awl mereka dah agak saya akan jadi macam ni nanti. Suami meminta saya bertudung dan menutup aurat tetapi suami suka melihat dan berkawan dengan wanita yang mendedahkan aurat.
Sampai suatu tahap saya rasa patut ke saya jadi macam wanita yang dia suka? Kenapa die buat saya macam ni? Kawan2 saya meminta saya mohon fasakh atas apa yang die lakukan. Mereka kata saya boleh dapat yang lebih baik dengan kerjaya serta kebaikan saya sbagai isteri mereka yakin saya boleh bertemu jodoh yang lebih baik. Namun ketika saya melihat wajah anak saya, saya rasa takut. Penting diri sndiri kah saya jika saya bercerai dan anak ini pasti merana. Kerana apa? Kerana skarang ni kami masih lagi bekeluarga suami lepaskn tnggungjwbnya ini kan pula bila kami bercerai. Silap2 anak ini tak knal siapa lagi bapa dia.
Bekas kekasih saya kembali mnghubungi saya ketika saya terserempak dengan nya di sebuah university sudah jadi professor muda dengan gelaran doctor Masih menagih cinta lalu. Namun saya tetapkn hati untuk setia bersama suami. Saya sedih kerana orang luar yang lebih mengambil berat tentang kami anak beranak sdangkn suami sibuk dengan diri sndiri, wanita2, kawan2, berseronok sana sini. Slama ini pon saya banyak menahan diri dan dekatkn diri pada Allah supaya saya tak trjerumus dalam keperitan hidupbsaya sendiri dan mncari seseorg atau sesuatu untuk mnjadi teman dan hiburan saya.
Saya tahu saya masih jahil tetapi saya tahu Allah ada untuk saya. Alhamdulillah. Mereka yang datang ini saya masih mampu mngingatkn diri saya yang saya ada suami. Saya sangat cintakn suami saya… akan tetapi saya makan hati, sakit hati sedih seorg diri. Suami pandai jaga anak. Pandai kemas dan masak sndiri. Itulah yang buat saya rasa tenang selain kejutan2 yang die beri pada saya. Kadang2 saya buntu. Dan dia sndiri pernah cakap bahawa saya tidak akan dapat lelaki sebaik dia dalam hidup saya jika kami bercerai. Saya diam setiap kali die kata bergitu. Saya hanya jawab dalam hati. Allah ada. Allah ada.
Dia masih lagi mencari kawan baru. Perempuan dan saya tidak tahu untuk apa. Untuk mengisi kesunyian atau apa. Bosan di tmpat kerja mungkin juga. Tetapi die menarik mereka dengan gaya mewah dia dan nama palsu. Saya tak tahu apa yang harus saya lakukan. Jika saya luahkn apa yang saya tak suka. Die akan jwb ‘its my life dan sukati aku nak berkawan dengan siapa’… saya pelik kenapa saya masih sayangkn dia sedangkn apa yang dia buat tidak boleh diterima akal. Apa yang berlaku selama kami berkahwin, saya diamkan dan saya rasa saya hampir gila. Saya luah disini bukan untuk simpati tetapi untuk saya kongsi perasaan saya yang saya simpan selama ini.
Sbnarnya saya ingin anak lagi namun dlm keadaan sekarang, saya tak yakin dengan suami saya. Saya kena kejar waktu memandangkan umur saya yang hampir 35 tahun tetapi hanya ada seorang anak. Selain saya mohon pada Allah swt, saya juga membusayakn diri saya dengan kerja dan anak saya. Saya masak untuk suami saya sampai kawan saya cakap saya bodh. Tapi bg saya itu tnggungjwb saya selagi saya isteri dia. Saya tahu ramai yang cemburukan saya sbb suami selalu masuk kan dalam akaun social nya cara die suprisekn saya, masak untuk saya, kemas untuk saya, jaga anak untuk saya, yar mmg ramai cemburu sebab suami saya suka menunjuk kebaikan die di media social dan saya pula menutup keaiban die sentiasa.
Semua wanita diluar sana ingat saya adalah wanita terbahagia di dunia. Dan semua wanita diluar sana inginkan suami sperti suami saya. Mereka nampak yang indah sahaja Sedangkan yang pahit saya telan seorang diri.. Saya tidak tahu apa yang saya harus lakukan. Perlu kah saya lepaskan dia? Atau saya kena hadap untuk 2/3 anak lagi dalam keadaan yang sama? Maaf jika tulisan ini menggangu anda tetapi saya dah tak mampu nk hadapi seorang diri lagi.




