Assalam, Admin mohon Hide profile saya yew, Menarik juga saya nak kongsikan pada umum. Saya dulu seorang duda yang berkahwin selama setahun dan genab 1 tahun berkahwin pada tarikh akad nikah itu tarikh saya lafazkan talak pada isteri saya yang dulu, memang sedih namun itulh realitinya saya malas nak sembang perkara dulu, Namun sekarang saya dah berkahwin semula dan mendapat sorang zuriat perempuan yang amat comel.
Allah Uji saya admin dengan ujian datangnya kekasih saya dahulu semasa saya merantau, mula dengan add di fB kembali sehinggalh berwssup tanpa diketahui isteri saya. Isteri saya memang seorang yang baik walau saya kurang sikit dengan ibu mertua saya.
Kami kembali mengenang cinta yang tidak kesampaian dulu walau wanita itu tau saya sudah berkahwin. Namun admin Saya rasa amat bersalah tiap2 malam saya merenung muka anak dan isteri saya saya cukup dan amat sedih dengan sikap saya, saya nekad untuk tutup cerita lama dengan block semua yang ada dan delete nombor wanita berkenaan, saya rasa dengan dugaan yang allah bagi se singkat ini untuk mengajar saya erti kasih dan menghargai apa yang ada..
Saya pohon pada lelaki yang memulakan kembali nostalgia lama itu balik lah renungkan lah muka anak dan isteri kita kerana sebenarnya kasih sayag kita yang allah bagi pada kita untuk anak dan isteri berfikirlah dengan matang sebelum kita merana dikemudian hari. Tidak perlu kita mengejar pelangi kerana belum tentu ia sentiasa muncul. Allahualam..




