assalamualaikum dan selamat petang krtf semoga admin dapat siarkan luahan hati saya…dan tolong jangan dedahkan identiti sy..terima kasih jika siarkan masalah dan luahan hati saya ini..saya seorang suami yg sudah bernikah selama setahun…(masih baru)dan kami belum dikurniakan cahaya mata..apa yg hendak dikongsikan ini mungkin seperti kebanyakan kisah lain juga tapi saya hanyak ingin bertanyakan penpadat dan komen semua..jadi tidak salah saya berkongsi disini..
saya mempunyai seorang isteri yg sangat baik..kami berkenalan tidak mengambil masa yg lama hanya 5 bulan dan kemudian saya terus melamar dia kerana dia mempunya ciri2 yg saya cari..orangnya sangat lemah lembut bertutur kata yg sopan dan baik..cuma setelah dijadikan suri hati saya silapnya kepada saya dan keluarga saya dalam melayani isteri.. keluarga sebelah isteri sememangnya jenis beradab sopan sesama mereka tidak bergaduh jika pulang kesana hubungan antara adik beradik sangat erat..adik beradik berpeluk tidur atas paha…dengan emaknya pun isteri sangat manja..jika pulang ke sana memang akan nampak suasana harmoni dalam keluarga itu dan menenangkan jiwa..
berbanding dengan keluarga sebelah saya…kami adik beradik tidak begitu mesra dan jarang bertegur sapa..semua masing2 lebih kepada membuat hal masing2 cara tutur kata agak kasar dan lebih suka memaki hamun walaupun ibu dan ayah saya juga begitu..adik beradik saya pula selalu bergaduh sesama sendiri..pada mulanya isteri melangkah kaki ke rumah famly saya ketika itu dia sedang memotong sayur di dapur..adik lelaki dan perempuan saya sedang bergaduh tersentak dia melihat adik lelaki saya menendang adik perempuan saya shingga terperosok di balik sofa..saya ketika itu tiada di rumah setibanya di rumah isteri mengadu kepada saya dan dia harap saya sbagai abg boleh lah mnasihati adik2 saya jangan begitu..dan malam itu juga saya mnsihati dan memarahi adik beradik saya…(padahal selama ini saya pun tida ambik peduli)emak yang pada ketika itu mendengar terus masuk campur dan memaki hamun isteri saya..
dia berkata istri saya mengdu konon hendak api2 kan lagi pegaduhan kami adk beradik saya nampk isteri menguis2 nasi dalam pinggan sambil air mata dia berlinang…dia tidak melawan dan tidak berkata apa…sampai lah saya meninggalkan meja makan dan saya menyuruh isteri masuk ke bilik…adik saya mengemas pinggan tapi dengan kasar bunyi tung tang tng tang tanda protes..
malam itu juga tiba tiba emak saya secara brutal menendang pintu bilik kami dan menyuruh kami keluar malam itu kami keluar dan pulang ke rumah kami..dlaam kereta isteri masih tdiam kaku…peristiwa itu bukan habis disitu sampai sekarang isteri dingin dan lebib bnyak termenung….saya sudah tanyakan dia tapi bila di tanya tidak ada apa2 masalah …jadi saya ingin bertanyakan pendapat dalam ni..kenapa isteri saya menjadi begitu?
isteri saya masih belum mengandung jadi kenapa isteri saya boleh berubah mendadak bgitu?adakah sesiapa di dalam ini yang punya masalh seperti saya?pasal saya dan famly saya sudah berbaik smula kerana sy tahu emak sy walaupun bgtu tapi jenis dia akan sejuk sendiri dan terus melupakan apa yg berlaku…jadi perihal isteri saya..saya mnjadi bingung..istri sudah bertukar mnjadi seorang yg pendiam kurang bcrita dan lebih bnyak termenung…




