Salam sahabat KRT. Di sini saya nak ceritakan pengalaman saya. Terpulanglah nak ambil sebagai ikhtibar atau sebaliknya. Sebelum baca habis jangan nak kecam dulu. Sejak kecil sy suka betul lelaki yang lebih berusia. Entahlah macam mana jadi camtu. Hinggalah satu hari, lebih kurang usia saya 21 tahun saya terpaut hati pada cikgu memandu saya yang berusia 50. Suami orang.. anak 4. Dia bukan orang senang, kaya langsung tidak. Kereta sekolah memandu saja yang dia ada dan sebuah motorsikal. Al- kisahnya dia yang mengorat saya dulu. Saya cuba menolak.
Tapi sebab saya sukakan lelaki yang lebih matang, saya terima dia dan kami bercinta selama 5 tahun tapi Ini bukan skandal. Semua orang sekeliling tahu. Saudara mara dia, mak saya, adik adik saya, kawan-kawan semua. Katanya isteri dia izinkan. Jadi sy sangat yakin dengan dia. Isteri dia tak pernah serang sy atau marah sy. Anak anak dia ada berjumpa dengan sy. Tidak ada riak marah pun di wajah mereka. Dalam 5 tahun macam macam terjadi. Dia kehilangan kerja, kereta pun tak ada. Tapi sy tak kisah. Hubungan kami seperti biasa. Entah.. memang sy tak kisah pandangan orang ke apa.. Sy ok. Malah sy yang selalu keluarkan belanja untuk tengok wayang, belikan hadiah, minyak kereta dan sebagainya. Sy tak pernah minta duit dia. Tahun ke 5, sy bertemu dengan seorang lelaki lain. Z. Dia tua dari sy hanya 2 tahun. Sy betul2 tak suka.
Tapi dia bersungguh-sungguh mahu mengahwini sy walaupun dia tahu sy dah berpunya. Tak tahulah apa sebabnya. Sampai merayu rayu. Jadi sy berikan dia peluang. Makin lama sy mampu menerima dia. Setiap hari sy tak putus-putus minta Allah tunjukkan siapa yang harus sy pilih. Siapa jodoh sy. Allah bukakan hati sy untuk menerima Z. Sy beranikan diri berterus terang dengan cikgu tu. Memang sukar bagi dia untuk melepaskan sy setelah lama bercinta. Sukar juga bagi sy untuk tinggalkan dia. Sy rasa berdosa kerana seolah mempermainkan perasaan orang. Tapi bagi sy, hubungan kami terlalu lama dan sia sia. Apabila sy soal tentang kahwin, dia asyik tangguhkan. Padahal dengan Z, kenal sekejap dan kami putuskan untuk berkahwin.
Tempoh perkenalan hanya 5 bulan bersama Z. Dalam tempoh itu jugalah kami buat segala persediaan untuk kahwin. Alhamdulillah setelah 2 tahun berlalu, sy dan Z telah dikurniakan seorang cahaya mata. Walaupun hidup kami sederhana, Z tak mampu berikan sy kemewahan, tapi kasih sayang Z tak pernah kurang. Dia betul2 menjaga saya sebagai isterinya. Cikgu pula bahagia bersama anak anak dan isterinya (dia tak private fb dia). Alhamdulillah syukur sangat.. Mungkin tempoh 5 tahun bersama cikgu tu Allah nak jadikan sy lebih matang. Macam macam cikgu tu ajar sy. Kadang rasa macam dia lah ayah sy, dia lah abg, dia juga pasangan (dulu). Kami tidak berhubung langsung sejak 2 bulan sebelum sy berkahwin. Dia lepaskan sy dengan rela hati. Dia sangat baik. Z juga sangat baik.
Walaupun Z berhempas pulas mencari rezeki seorang diri kerana sy menjadi suri rumah sepenuh masa, dia tak pernah mengeluh dan cuba memberikan yang terbaik untuk sy dan anak. Tak sia sia sy memilih dia sebagai suami. Ok dah, silakan nak kecam ke apa. Thanks admin.




