Assalamualaikum Min tlg sat pos.. hide fb aku..Aku luah kt sini sebab rasa tak ada tempat dah nak meluah. Hampa semua nak tnya, Apa hina sangat ka aku sebagai menantu yang tak dapat bantu kewangan laki aku dalam nak sara aku dengan anak sorang saja? laki aku dah awal2 suruh duduk rumah biaq dia saja cari duit..dia paham yang aku letih dah urus rumah dengan anak.. takat nak belanja makan pakai kami anak beranak gaji dia cukup, dia suruh jaga mak dia(mertua aku) ngn abang dia 2 orang..2 2 sakit, tapi boleh jln boleh makan.. dengan anak aku sorang ja.. mertua aku ada pencen, plus anak2 dok bg.. cukup la utk dia anak beranak makan..dah 3 tahun kami menumpang mertua, sblm ni kami dah duduk sewa asing, tp sebab laki aku kesian kt mak dia takda sapa nak jaga duduk sekali kat kg..yang anak tgl sekali dia tua tak sihat tubuh badan tak mampu nak jaga mkn minum, anak saja ramai duduk jauh..aku pon ikut la ckp suami sebab kesian kt mertua
Selama ni aku jaga depa elok.. makan aku siap masak 4 kali sari bagi depa.. ya lah mulot orang sakit makan tak lalu, makan sikit2 tp makan kerap. mlm2 pon kena bangkit buat makan, hal ni dah lama aku pendam.. asayaik2 berulang benda yang sama.. balik anak2 pon boleh tnya aku kt rumah tak niaga apa ka? aku direct ckp yang aku penat.. taktaw la blkg ada ckp apa kt aku.. aku lantak kan lah.. lupa nak ckp yang aku ni ada la niaga online sikit2.. cuma tak la meriah mana sale, tp bg aku cukup dengan apa ada, kami tak susahkan sapa2
Yang jadi masalah skrg sampai aku naik angin, tak cukup anak2 dok tanya ni sedara mai rumah pun sibuk suruh aku niaga nasi lemak pagi2.. dulu kami laki bini ada bisnes sdri depan rumah.. niaga slow laki aku pon keja, bila nampak kerusi meja makan terbiar tu ada ja idea nak suruh aku berniaga depan rumah.. bila aku bagitaw yang aku tak sempat sorang, laki balik pagi nak lena, aku nak jaga anak nak urus rumah.. dah dlm rumah tu aku sorang semua urus.. siap makan minum pakai semua yang dlm rumah tu aku buat.. nak makan aku hidang aku kutip depan mata.. nak kemas pon aku.. jangan sebab aku bagi alasan aku tak sempat tak larat nak niaga boleh pulak mak mertua aku ckp depan makcik tu “kalau mak tak kenal erti letih walau anak ramai,kecik2 dulu mak niaga nasi lemak tak kira letih” tu kata2 yang keluar dari mulut orang yang sakit tak larat nak jalan dah.
Aku pon ckp kt mertua balik “zaman mak lain, anak2 dulu yang besaq boleh jaga anak yang kecik..saya pulak lain, nak buat semua kerja kt rumah penat kot lgpon anak mak tak bg niaga” terus dia diam sekali dengan makcik tu pon diam… Tak kan tak nampak aku yang kt rumah hari2 ni dok saja makan tidur? Kadang sedih jadi suri rumah yang orang tak taw bertapa letih nya walaupun anak sorang, anak tgh membesar dengan lasak.. jenis tak tahu nak berenggang.. dengan nak urus rumah, makan minum semua dlm rumah tu, kain baju lagi..tu pon tak nampak ke depan mata. semoga aku terus bersabar..mintak doa semua supaya allah mudahkan urusan kami untuk pindah sewa luar dan suami aku tetap pendirian dia.. dah kerap kali cuba nak sewa akhir sekali suami aku ubah fikiran sebab kesiankan ke mak dia.. aku ni taktaw sampai bila terus nak pendam rasa sedih kecewa ni.. tlg bg komen yang murni2 guys..




