Hide profile ye min. Terbaca kisah mamat bujang dah bertunang, family tunang demand hantaran 18k-20k, terpanggil nak share. Eh. Hai semua. Gini ceritanya. Skrg ni aku tak tahu perasaan aku terhadap suami lebih kepada kesian, simpati atau memang masih ada sisa2 kasih. Aku confius dengan perasaan sndiri.
Nak dimulakan cerita, family aku demand hantaran 10-15k jugak. Dengan sebab aku ni anak sulung, tengah study master dan ada plan nak sambung PHD masa tu dan kebetulan jugak, masa tu, si suami aku ni masa tu tunang hutang aku jumlah lebih 10K, lepas bayar sikit2 ada lagi baki ribu riban jugak.
Jadi hantaran tu lebih kepada, lebih kurang halal je lah. Tapi min, kesian aku, janji tinggal janji, janji nak bagi hantaran 12.5k, sesen pun aku tak dapat min. Duit pinjaman pelajaran sekarang dah jadi biasiswa, banyak aku guna untuk majlis kenduri kecil-kecilan kami. Yang tertanya aku ambik duit dari mana, untuk pengetahuan, aku mula kerja masa umur 12 tahun, setiap kali hujung tahun tak pernah miss.
2 hari lepas SPM, aku kerja kilang. Result SPM mak ayah aku pi ambik sebab aku tengah kerja. Masuk u, aku dapat zakat, dapat PTPTN, aku kerja part time hotel. Duit2 tu aku guna beli laptop yang dah hampir 10 tahun berkhidmat dengan aku sekarang, aku buat belanja, buat travel, buat beli motor etc Selesai bab tu, aku dah cuba nak lupa hutang2 dia, min.
Masih dalam fasa mencuba untuk ikhlaskan hati. Bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri dalam waktu duit simpanan aku habes, duit hantaran pun tak dapat. Raya pertama kami berdua, tak mampu nak beli baju raya. Hahaha. Dah tiga tahun usia perkahwinan kami. Dah ada anak sorang pun. Aku masih belajar ikhlaskan hati.
Tahun kedua laki aku ada belikan baju raya aku, aku beli baju raya dia. Tahun ketiga aku beli baju kami tiga beranak. Kengkonon happy family gitu. Kisah sedihnya lagi, suami aku ni rupanya dariug addict dan ketum tegar dicampur dengan ubat batuk, coke sehari RM50 + perokok tegar. Pernah sekali dia high, overdose, nasib baik tak arwah ja min. Berak kencing lampin pakai buang dia, aku yang urus.
Sudah dari tu, ingatnya nak berubah. Allah keras sungguh hati dia. Aku ni mikirkan anak kot kurang kasih sayang bapaknye haje dok bagi peluang lagi. Baru2 ni min, diludahnye muka aku. Dia bangun tidur dah petang, tanya aku pasal duit. Tak nyempat nak tanya anak bini dah makan ke belum, duit dulu ditanyanya. Adeh. Sepanjang kahwin, boleh kira min berapa kg beras dia beli, berapa ekor ikan, berapa ekor ayam.
Yang lain tak payah sebut. Sejak dia sakit itu hari, memamg aku berkira sangat2 dengan dia. Bayangkan sejak kami kahwin, bil api air dia tak pernah bayar, sewa rumah kadang kongsi, kadangnya tidak. Upah mengasuh anak, barang dapur. Allah. Doakan aku utk betul2 ikhlas je sekarang ni. Kalau tak, mau sia2 pengorbanan aku selama ni.
Aku tak kisah pun dia kerje ape. Ikut lori sampah pun aku terime. Masalahnya min, dia pemalas nak mat!. Anak sakit demam, tak adanye pernah nak berjaga malam. Pindah rumah, aku yang kene panjat meja kerusi, pasang wiring lampu terbakar, kalau aku tak buat, tak bising, makan bulan baru nak pergi cari sparepart. Almari baju pun tak mampu nak bagi kat aku dengan anak. Nafkah aku, jangan ditanya.
Sejak dah turun naik mahkamah ni, baru dia bagi, itu pun kadangnye habuk pun takda min 1 kali lafaz luar mahkamah, hari perbicaraan suami tak mengaku, aku balik taat lagi sekali aku failkan cerai bila dia pukul aku, report polis dibuat, hari perbicaraan, dia tak hadir, runding kami berdamai, taklik tak sengaja di rumah. Suami kata, kalau terjadi ape2 kat aku jatuh talak ke atas kau.. part ni aku confius sikit.
Yang arif boleh komen? Adakah pegangan aku betul kalau ambil serious kata2 suami kalau terjadi apa2 termasuklah dia eksiden, sakit atau apa2 ke atas dia, maka jatuh talak ke atas aku. Sekarang ni min, aku tak tau aku jahat atau busuk hati, bengkak hati, buruk perangai atau apa, yang pasti aku dah tawar sangat2. Nak bersama pun rasa tak boleh dah. Aku cuma doakan cepat2 taklik tu jatuh kalau betul fahaman aku. Rasa mudah kerja aku. Nak turun naik mahkamah, aku pun dah penat nak ke hulu ke hilir sudahnye die tak nak lepaskan aku pun. Sekarang ni, doakan aku diberikan jalan keluar yang terbaik, ye semua.
Untuk tunang brader tu, aku doakan rumah tangga korang bahagia kalau jadi dan jadilah isteri sesuai dengan keringat yang terpaksa dikerah oleh suami dek kerana high demand tu. Hopefully berbaloi. Sekian luahan 1/10 dari kisah sedih hidup aku. Lagi 9/10, biar aku dan Tuhan sahaja yang tahu seluruhnya.
Aku doakan semua yang sudi baca ni, dikurniakan kebaikan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Yang baru nak bersatu tu, ambillah pengajaran dari kisah aku. Kalau dari awal keluarga dah tentang hubungan kita, harap2 fikirlah balik banyak2 kali sebelum teruskan hubungan. Takut2 terjadi mcm aku. Lastly, doakan aku kuat ya. Terima kasih. Sekian luahan did you say madam




