Salam min, aku suami dah ada anak 2 , aku ada masalah besar min, isteri aku dah tawar hati kat aku. Aku tak tahu apa salah aku, ya 2 tahun lepas kami ada gaduh besar bukan sebab perempuan ke apa.. Tapi sebab aku tersalah cakap kat dia pasal emak dia tapi aku dah mintak maaf.
So minggu lepas aku balik dari outstation bila aku sampai rumah kami makan macam biasa lepas makan, aku tanya wife aku kenapa nampak stress? Dia cakap dia tak suka aku balik rumah, lagi stress dia benci bau aku sampai tak leh nak bernafas..aku jadi pelik tak de ribut tetiba cakap aku mcm tu,
start pada tu wife ungkit kisah lama.. maksud aku yang gaduh dulu2. Aku sayang dia, aku tak boleh hidup kalau tak de dia, dia teman aku sampai akhir hayat. sekarang ni wife tumpang tidur rumah kawan dia aku bagi dia keluar bagi dia bertenang dulu.. So skg aku handle anak kami dua orang..
Wife aku salah tanggapan terhadap mak aku wife aku selalu cakap yang emak aku tak suka dia tetapi mak aku tak cakap kat aku pulak yang dia tak suka wife aku.. aku dan wife dah kawin 7 tahun, aku sayang family and anak2..
Skg wife aku nk balik kampung, seminggu so anak anak dia suruh aku jaga dulu. So min mcm mana apa perlu aku buat? Aku sekarang cuti dua minggu sebab tak boleh kerja stress, sedih..
aku dh buat solat istiqarah , aku ada nampak wife aku dan anak anak.. ni ujian Allah bagi aku…
aku jaga solat 5 waktu tapi Wife aku tidak solat walaupun aku suruh, aku yang kene marah pulak.. Kami tak ade masalah kewangan kami berdua kerja, apa yang dia nak semua aku bagi.
So sekarang aku tak tau nak buat apa.. aku dah pujuk mintak maaf tapi dia buat dek je..




