salam min . hide profile aku ye. aku nk kongsi kisah hidup aku. aku takthu nak luah kat sape. nak bgthu sape. kat sini aku nak sangat luah perasaan aku. dalam setiap ayat yang aku tulis aku sertakan airmata syukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat2 menyayangi aku. min, aku takthu macam mana nak mula. aku ni seorang pemarah. panas baran. suka menyumpah. tp suami aku baik sangat min. sejak kitorang kawen takpernah skali dia kasar . cakap “aku”pun takpernah dengan aku. tp aku selalu babi2 kan dia bila dia buat silap walaupun silap dia kecil. aku takboleh kawal marah aku min. malam ni bila aku tgok dia tidur, aku tatap mata dia. aku rasa bersalah sangat2 min. selama ni hidup aku susah , aku orang miskin. masa ktorang belum kawen dialah yang banyak bantu aku. bg aku duit. bg aku apa yang aku nak tp aku melampau , minta benda2 yang mahal. dia tetap usaha untuk bagi apa yang aku inginkan.
sampai lah aku kawen . dia tetap usaha untk bg apa yang aku nak . takpernah sekali aku dgr dia mengeluh apalagi mengungkit. dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. wlaupun gaji dia takbnyak dia tetap bg nafkah kat aku rm500 untuk aku beli barang aku tiap2 bulan. padahal aku tahu dia nak makan pun berjimat. dia nak aku happy sbb dia tahu aku suka beli bnda yang mhal2. bila aku tnya dia sempat ke duit yang dia ada tu sampai hujung bulan. dia akan jawab sambil senyum “takpela nanti abiy usaha lebih lagi asalkan bini abiy ni happy je”, tp aku takpernah bersyukur. kadang2 aku mntak bnda yang dia takmampu lpstu bila dia takbg aku baling2 semua barang yang ada. tp dia tetap pujuk, takpernah mengalah . takpernah tinggi suara. ya allah, kenapa aku masih takbersyukur dapat suami yang penyabar macam dia. kadang2 aku selalu cakap yang aku taklayak untuk dia. dia terlalu baik tp dia cakap dia syang kan aku. dia taknak hilang aku. pernah skali aku minta dia lepaskan aku sbb aku kesian dekat dia.
Aku takmampu jadi isteri terbaik . dia menangis meraung taknak tinggalkan aku. dia cakap seteruk mana pun aku dia syang sangat kat aku. dia nak aku berubah. dia janji akan sabar dan terus bimbing aku . Sekarang ni aku tgh mengandung anak pertama kami. dia bahagia sangat2 . aku marah dia snyap je. kadang2 walaupun silap aku, aku tetap nak dia yang mntak maaf dia ikut je apa yang aku cakap bila aku lapar kul 3 pagi aku kejut dia ajak keluar makan dia rela bangun tanpa mengeluh ajak aku keluar . selama ni aku yang takpernh hargai dia min. malam ni , aku tatap mata dia. wajah penat dia yang takpernah lelah mencari rezeki kat aku. airmata aku laju jatuh. aku tahu aku perempuan paling bodh dalam dunia ni sbb takhargai lelaki sebaik dia.
kadang2 dia keluar keje pg, dia sanggup takmakan smpailah ke petang semata2 nak balik makan sama2 dengan aku. tp aku marah2 dia . aku cakap dia menyusahkan aku. teruknya aku sebagai isteri. aku banyak dosa dengan dia min. aku banyak buat silap. untuk suamiku, syang mntak maaf sangat2 selalu kasar dengan abiy. selalu marah2 kat abiy. terima kasih abiy sudi terima semua kekurangan diri syang. terima kasih abiy sudi jadikan syang isteri walau abiy mampu cari yang jauh lebih baik dari syang.
Terima kasih untuk segala pengorbanan abiy kpd syang. syang janji lpsni syang akan cuba jadi isteri terbaik untuk abiy. syang syang abiy sangat2. min doakan aku dpt berubah, taklagi marah2, doakan aku jadi isteri terbaik untuk suamiku. doakan kebahagiaan aku dunia akhirat . doakan semoga aku mampu berubah untuk bahagiakan suami aku. aku harap ramai yang dpt bagi nasihat elok2 untuk aku kuatkan semangat untuk berubah. aku nak jadi isteri yang terbaik untuk suami aku. dan aku nak jadi bakal ibu yang baik untk anak aku nanti. terima kasih min.




