Salam. Cerita agak panjang. Admin tolong asingkan perenggan ye. Aku pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki tapi aku bercerai disebabkan perniagaan aku jatuh merundum. Disebabkan aku susah dah tak ada duit, isteri lama aku mula menghina aku. Bermacam2 kata cacian dilemparkan kepada aku. Semasa aku senang, segala kemahuan dia aku turutkan. Hari ni minta, esok aku tunaikan. Selama 3 tahun aku berusaha untuk buat pelbagai kerja tapi semua tak menjadi. Dan selama 3 tahun juga aku pekakkan telinga atas segala kata makian dan cacian oleh isteri lama aku disebabkan aku tak mampu sediakan kemahuan dia.
Aku tak pernah gagal sediakan makan untuk keluarga aku tapi sekiranya aku gagal, dan dia terpaksa beli menggunakan duit dia, bersiap sedia la hadap kata-kata cacian selama berminggu lamanya. Dibibir tak henti-henti lafazkan perkataan ‘ CERAIKAN AKU! ‘. Demi terlalu sayangkan anak aku bertahan sehingga la kawan-kawan sepejabatnya mula menyampaikan berita SCANDAL nya kepada aku. Aku hanya mendengar dan memerhati. Sehinggalah nak dijadikan cerita setelah sekian lama ber SCANDAL dengan SUAMI ORANG satu pejabat, tersebut, mereka berdua kena TANGKAP BASAH dalam rumah aku sendiri oleh orang=orang taman.
Didalam rumah yang aku beli diwaktu senang tapi atas nama dia. Ketika kejadian aku tiada di rumah kerana outstation. Aku segera balik dan semerta-merta aku ceraikan dia dengan TALAK 1. Dia tersenyum gembira kerana aku lepaskan dia. Aku bawa barang=barang aku semua tinggalkan rumah yang aku beli untuk anak aku. Dia SCANDAL DENGAN SUAMI ORANG sebab lelaki tersebut kaya dan ada kereta HONDA dan berkerja kerajaan sama sepertinya. Aku apa yang ada? Kata-kata makian, hinaan hari-hari. Setelah bercerai, aku dihalang untuk berjumpa dengan anak sehingga aku terpaksa merayu-rayu menangis kerana rindu anak. Bila aku cuba jemput anak di rumah penjaga pengasuh anak aku, dia makinya aku dan dikatanya aku cuba menculik anak dia.
Selama bertahun aku dihalang untuk berjumpa dengan anak. Lama kelamaan aku mampu merawat hati aku yang aku rindukan anak dan aku cuba tak tunjuk kelemahan aku yang aku amat sayangkan anak. Duit nafkah setiap bulan aku beri. Dengan cara masuk ke dalam akaun bank dia tanpa beritahu kepada dia. Biar lah dia anggap aku tak pernah bagi nafkah anak. Setelah bertahun berlalu, aku terjumpa dengan isteri aku sekarang, aku ambil keputusan untuk menghalalkan dia. Dan ketika itu aku masih lagi susah, tak ada duit, kereta semua terjual dan hanya kerja sebagai runner barang.
Aku berusaha untuk dapatkan dia. Dia cantik dan berbudi bahasa. Yang paling aku risau dia anak orang berada dan ramai lelaki berkerjaya bagus-bagus kejarkan dia. Aku tahu semuanya sebab aku mula siasat tentang dia. Aku mula berkenalan dengan dia dan hubungan aku dengan dia semakin serius dari tahun ke tahun. Tapi nafkah anak aku dengan isteri lama masih berjalan seperti biasa sehingga sekarang. Sekarang isteri baru aku yang bantu transferkan duit setiap bulan untuk anak aku tu. Aku sekarang dah ada harta, hidup tak sesusah dahulu. Aku bina perniagaan baru setelah 4 tahun perkenalan aku dengan isteri aku sekarang.
Kami sama-sama naik bina apa yang ada sekarang. Aku ada kereta mewah berbiji-biji, motor besar, rumah berjuta dengan usaha aku dan berkat isteri aku sekarang (baru menikah). Cerita tak terhenti di situ, sekarang BEKAS ISTERI aku mula panas mata. Dia menggunakan anak untuk dapatkan duit daripada aku dan nak berbaik tapi aku tak layan (masih isteri orang dan jadi bini no 2). Macam-macam dia gunakan anak untuk dapatkan duit beribu daripada aku (dia masih tak tahu nafkah setiap bulan aku bagi). Dan lagi bertambah sakit hati apabila isteri baru aku lahirkan anak kembar kami.
Dia rasa tergugat, dia mula sebarkan cerita macam-macam pada keluarga aku. Katanya isteri aku sekarang lah yang menyebabkan perceraian kami dahulu. Dia tak tahu semua AIB dia semua keluarga aku tahu tapi tak masuk campur. Dia mula hubungi mak bapa aku berbuat baik cerita itu ini. Dia buruk-burukan isteri aku sekarang kepada mak bapa aku. Dan dengan sombong dia kata bahawa dia tak kisah pun jika aku tak bagi nafkah anak kami dulu dan berlagak kata dia mampu dalam segala hal. Dia bekerja pegawai kerajaan dan aku tahu kehidupan nya tak bahagia disebabkan merampas kebahagian orang dengan menjadi isteri kedua.
Lepas berkahwin dengan SUAMI ORANG tersebut barulah dia tahu segala harta lelaki tu adalah kepunyaan isteri NO 1 dia Dan sekarang aku bahagia dengan isteri dan anak-anak aku. Walaupun dia cuba menganggu isteri aku sekarang di media social tapi isteri aku hanya buat tak tahu. Bertambah dia sakit hati dia melihat kehidupan isteri aku yg agak mewah. Dia cuba menghantar sihir untuk menjatuhkan perniaga aku. Macam mana aku tahu? Itu pon setelah berbulan perniagaan aku sepi tanya jualan dan aku mula syak sesuatu dan minta pertolongan daripada seseorang yang pandai bab berubat.
Aku sejujurnya tak syak bekas isteri aku yang buat. Aku fikir mungkin musuh2 perniagaan aku yang lain tetapi sangkaan aku meleset sama sekali. Rupanya kerja dia. Sekiranya ENGKAU baca coretan aku ini, aku cuma nak sampaikan bahawa kau la PEREMPUAN HATI BUSUK daripada muda sampai ke tua, Bawa la taubat dan pergi la dengan hidup yang kau pilih dan jangan gunakan anak untuk kepentingan sendiri. Dan aku berharap anak tahu yang aku sayangkan dia walaupun dia mesti beranggapan aku tidak sayangkan dia. Maafkan abah sayang. Dunia akhirat abah sayangkan FARID BIN MOHD DAUD.




