Salam krt.. Saya dah tak tahu nak luah kat siapa. Kalau luah dekat kawan2 nanti ape pulak dorang kata. Kalau luah kat adik beradik dorang risau pulak. Saya dan suami kahwin hampir 2 tahun. Masih belum mempunyai cahaya mata.
Suami saya ada satu sifat ego tak boleh maafkan, and suka nak marah2 pasal benda kecik.
Ada satu hari dia sentap dengan apa yang saya cakap waktu tu kami makan kat luar dia sentap dengan apa yang saya cakap dia terus bangun and tinggalkan saya dekat kedai makan tu sorang2 dengan makanan untuk dua orang. Bila saya cuba nak berbaik, yang saya dapat ialah tumbukan dan makian. Bila saya masak dekat rumah, dia taknak makan. Taknak bercakap dengan saya. Benda ni bukan first time jadik. Sebelum ni pun macamni.
Pernah dia tak balik rumah, 2 hari sebab terasa dengan apa saya cakap. Bila saya nangis dan merayu dekat dia, apa yang saya dapat ialah sepakan dekat dada bila saya cuba dekat, kena tampar dan cubit kalau saya cuba pegang. Maki hamun setakat b@bi, b0d0h, puk!mak tu dah memang biasa. Gaduh memang pasal benda kecik. Bila saya mintak maaf tak dilayan. Saya sekarang sangat stress. Duduk 1 rumah tak bertegur. Sepanjang kahwin ni dah 6-7 kali kot jadik camni. Apa patut saya buat?