Salam KRT.. tolong hide profile saya..
saya nak cerita tentang saya isteri orang dan dia suami orang.
Saya dan dia sudah 8 bulan berkenalan.. saya sayangkan dia, dan dia sayangkan saya.. Dia sebelum ini memang Dia ada masalah dengan isteri dia, begitu juga dengan saya yang bermasalah dengan suami..
tapi sekarang kami dah ok dengan pasangan masing2.. masalah kami sekarang adalah kami dah terlalu sayangkan antara satu sama lain.. kami terpaksa menjaga hati pasangan dan keluarga masing2. Untuk pengetahuan smua saya berkahwin atas desakan keluarga Saya tak pernah cintakan suami saya tapi saya tetap jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri. Dan dia berkahwin dengan pilihan nya sndiri.
Baru2 ni isteri dia dapat hidu hubungan kami dan mula stalk semua media sosial Saya dan dia Sehingga mereka suami isteri bergaduh besar.. mujurlah dia dapat pujuk isteri dan mereka ok semula..
Kami masih berhubung tanpa pengetahuan isteri nya. Saya buntu. Saya sayangkan dia dan dia sayangkan saya, tapi tiada jalan untuk kami.. saya cemburu bila dia dengan isteri nya.. Saya cuba untuk jauhkan diri daripada dia, tapi saya tak kuat.. hari2 saya.berdoa agar saya di beri kekuatan untuk melupakan dia.. saya tahu ramai yang akan kecam saya, tapi percayalah hati kita tak boleh nak tahan atau nak paksa. Semua perasaan datang sendiri..
maaf pada yang marah kan saya. Saya tak minta semua ini jadi.. saya masih mencuba untuk selesaikan semua yang terjadi.




