Saya kenal dgn suami saya sewaktu saya bekerja. kami berteman2. Dulu waktu berteman dia mengaku bahawa dia duda.
Tapi satu hari saya dapat tahu bahawa dia mempunyai istri. tapi saya masih berteman dengan suami saya. ada satu hari saya ingin memutuskan hubungan dengannya namun berapa kali kami sudah memumutuskan hubungan. selepas memutuskan hubungan kami bersama semula sehinggalah saya melarikan diri pulang ke kampung.
Di kampung saya dengar dia sakit2 kerana saya lari tanpapengetahuannya tiba2 satu hari sewaktu saya di kampung saya dapat panggilan kerja tapi bila saya kembali ke tempat saya dulu pergi bertanya tentang panggilan kerja tu langsung tidak ada berita. Ternyata suami saya itu minta dukun mandikan dia untuk panggil saya pulang ke tempat saya. bila saya pulang ke tempat saya. perasaan saya itu ingin pergi bersama dia saja.
Selepas itu kami pun bersama lagi semula dan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga saya. dan perkawinan ini. Ibu suami saya yang bagi cadangan kawin tanpa pengetahuan keluarga agar bila ada apa2 keluarga tak ikut campur tapi perkahwinan tu hanya 2 minggu bertahan. 3 hari sebelum masuk dua minggu saya dapat tahu bahawa perkahwinan tidak sah dan suami saya guna dukun untuk buat saya ingin kawin dengan suami saya.
Saya minta cerai masa itu namun pergaduhan besar berlaku, dia tumbuk dan cekik saya . pada masa itu dan beberapa hari kami sudah berpisah panggilan kerja pun datang. saya sudah siap kan semua barang2 untuk pergi panggilan kerja. namun beberapa hari saya dapati yang saya megandung ..1 bulan. saya merasa hancur kerana tak dapat masuk kerja kerana megandung dan saya tidak puas hati saya beli test pek d kedai hasilnya positif.
Saya gmbar dan berikan kepada suami
Saya tapi saya tidak percaya saya ke dokter untuk cek lagi. ya betul saya hamil dan waktu itu saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Suami saya datang ke rumah keluarga saya beritahu yang saya pernah kawin dengan dia dan saya megandung dan Waktu itu kakak dan suami saya datang ke rumah sewa saya dan bawa saya ke rumah keluarga saya..
Saya di suruh kawin semula dengan suami saya tapi saya tak dapat terima saya larikan diri jauh dari mereka semua di rumah kawan saya. setiap hari suami saya telfon minta ampun dan minta saya pulang. dan kawan saya nasihat saya . Satu hari saya ke klinik untuk scan ingin melihat bayi dalam kandungan saya beritahu lah suami saya yang saya berada di mana dan dia datang. saya melihat wajahnya yang sangat sayang dengan bayi ini dan menyayangi saya
Tapi sekarang selepas dia balik ke rumah dan berjumpa dengan istri dan anaknya dia balik dengan saya dan dia bawa berita yang dia ingin menceraikan saya selepas saya melahirkan, Saya masa nie megandung 6 bulan. dan kata2 yang dia keluarkan buat saya terguris. saya amat kecewa dan sekarang bila dia pergi kerja. Dia langsung tidak ada telefon atau tanya kahabr saya.
Alasan dia ingin menceraikan kerana tak boleh bagi nafkah. Alasan ini saya tidak boleh terima kerana sudah kawin dan ada anak baru dia cakap dia tidak mampu .. Dan istri pertamanya tidak boleh terima saya. Adakah munasabah selepas kawin 2 kali dari tak sah sehingga sah dan senang megandung alasannya kerana tidak boleh bagi nafkah dan isterinya menyuruh untuk menceraikan saya.