As salam min tolong hide fb saya. saya cume nak meluah rase. saya seorang ibu kepada dua anak. Taun lepas saya ade fail kan fasakh kerana suami gagal bagi nafkah. di sebabkan kesungguhan dia saya terima die dan bagi peluang. selepas tu die pilih untuk keje jauh alasan untuk bagi anak bini senang. sebelum ni alhamdulillah baik sahaja. 2 bulan lepas kantoi die duk msj dengan kawan sek lama die. kawan sek tu komen fb dengan perkataan yang agak mencurigakan. dan kawan suami saya tu kata suami saya ni mengaku tak berkahwin.
Tapi ape yang menyakitkan hati saya selepas kawan die tau pasal saya dengan suami die selalu post sesuatu yang mencurigakan wish birthday suami..pg tmpt suami saya keje..saya taktau ape motif die. jadi salah ke saya curiga tentang mereka berdua. kami selalu gaduh pasal ni biasa la perempuan ni kadng susah nak simpan rase cemburu. Dan baru2 ni suami saya kata die dah berkahwin lain..bile saya tnye siapa isteri die tapi die diam dan saya syak kawan die tu adalah bini baru die.
Dan hari ini saya telah pun di ceraikan talak 1. dengan alasan untuk saya cari kebahagian saya..hati saya hancur saya kena kuat demi anak. suami saya mengatakan ini semua takdir allah. Sedangkn curang itu satu pilihan. kenapa dia lukakan saya setelah saya bagi dia peluang untuk berubah. buat perempuan tu semoga awak bahagia di atas penderitaan perempuan lain.




