Assalamualaikum saudara saudari ku Saya nak mntak pandangan dan pendapat masalah yang saya hadapi. Isteri saya Manager 99 baru2 ni supplier beras datang. dia pun hantar beras. yang laki tu sentuh fone isteri saya. dia kata ” takbetulkan ke” lepas tu saya kata lah ” betulkan lah, dah gaji kan” padahal suami nya ada depan mata.. sedanngkan saya tak pernah langsung buat and cakap macam tu kat perempuan lain. Gaji saya sikitt berbanding isteri saya. saya bergduh lah dengan isteri saya pasal kes tu.. dengan tak tidur lagi sebab shift malam, lepas tu saya cakap lah dengan dia.. “jangan buat perwatakan diri awak tu menampakkan diri awak tu murah” salah ke saya cakap macam tu menangis min saya atas moto.
Anak ada 2 orang kecil lagi saya tak balik rumah 1 hari tidur surau pagi tadi saya baca perbualan dia dengan kawan dia dengan mak mertua saya lebuh hancur hati saya min. kata saya tak bertanggungjawab, membebankan dia. Sebab mak mertua saya anggap saya kerja partime tu sebagai lepak. yang saya terkilan sangat tu dia kata kat kawan dia ” lepas lahir anak ke 3 tak berubah memang bye2 jawapnya” taktau tang mana nak berubah nya,sedangkan saya keje partime tu sebab sedar kedudukan saya tu bukan dari orang yang senang, memang hampir 20 kali jugak lah dia mintak cerai dengan saya tapi saya tutup mulut istighfar dalam hati.
Aku terima dia dri dia takad apa2 min… Sekarang dia still tak boleh terima apa yang aku cakap min. dia anggap diri dia murah min. baru2 ni saya sakit gastriik sampai tak boleh nak buat keje semua, mak mertua kata saya wayang min. dia cakap kat isteri saya min. ALLAH kecil hati saya min. btw saya keje Bonzer partime jumaat Sabtu kalau shift pagi itu pun kalau ada function,kalau shift malam Sabtu saja. mintak tolong lah pendapat semua ..apa perlu saya jelaskan pada isteri saya ni…dia ada cakap kat kawan dia, yang dia dah ready nak amik title janda tu..saya ada cakap, profesional sikit kalau jadi Manager…dia ia kan je..tapi Allah nak tunjuk kat saya mcm mana cara isteri saya keje. tolong ye. kalau saya salah dlm hal cemburu takbertmpt ke apa ke. bagi tau ye. In sha Allah. terima kasih




