Assalamualaikum admin hide profil saya ye tq min.. Saya seorang surirumah sepenuh masa dah 6 tahun berkahwin dikurniakan 2 cahaya mata comel penyejuk mata dan hati kami syukur. nak minta pendapat warga krt suami saya seorang yang sangat baik nafkah saya tak pernah culas barang keperluan rumah dan dapur dia sediakan wang yang dia beri untuk saya memang untuk keperluan saya sahaja tak pernah merungut kalau saya terlebih belanja minyak moto dan kereta
Dia akan isi siap2 supaya senang saya nak hantar anak pergi sekolah paginya nanti wang untuk mak ayah saya pun dia akan beri setiap bulan walau tak banyak dia akan bagi bulan lepas dia settlekan bil elektrik mak ayah saya dikampung yang tertunggak rm7007 juga dah nak kena potong dia tak cerita kat saya pun min saya pun dapat tahu semua tu dari adik saya memang tak berkira langsung sedangkan abang saya dan kak ipar pun tinggal sekali dengan mak ayah saya dikampung..
tanggungjawab dia sebagai suami, anak, menantu dan bapa memang tiptop min tapi sayang tanggungjawap dia dengan Allah dia tak ambil berat.. suami tak solat solat jumaat pun mgkin dalam sebulan sekali ja dia pergi lebihnya dia akan rest kat rumah, puasa pun dia liat sangat puasa kerana terpaksa sebab saya paksa dia min, tadipun pukul 12 tengahari dia minta nak buka puasa, saya kecewa sangat nasihat berbakul memang dia tak akan dengar.
sebelum kahwin memang saya tahu dia tak solat tapi dia berjanji lepas kawin dia akan berubah min saya tahu dia baik sebab itu saya percaya tapi sekarang janji tinggal janji sahaja 6 tahun dah kami kawin kadang2 tak tahu nak jawap apa bila anak tanya kenapa mama sahaja solat? Kenapa papa tak solat jugak kelu lidah saya min anak2 tengah membesar memang semua benda dia nak tahu dan tanya..
sangat teringin nak ada seorang suami yang boleh imamkan solat saya apa pendapat abang2, akak2, adik2 semua apa lagi yang saya boleh buat??mungkinkah suami akan berubah nanti?saya sangat sayangkan suami n perkahwinan kami setiap hari saya berdoa semoga dia diberi hidayah dan petunjuk dariNya tq semua tq admin




