Salam Min, saya dah 8 tahun kawin. Tapi belum ada rezeki untuk ada anak. Suami pulak macam tak kesah langsung pasal anak ni, sebab dia tak pernah berbunyi. Bila tak da anak ni, tumpuan dia lebih kepada anak kucing min. Ok lah setidaknya dia tak de perempuan dekat luar. Suami saya tak macam orang lain yang sebok nak lepak dengan member. Dia jenis workaholic, balik rumah je melayan kucing2. Saya tak payah nak rajin check hp dia setiap masa macam bini orang lain, sebab dia bukan jenis mengadap hp 24jam. Kalau kadang2 saya check tanpa pengetahuan dia pon saya tak nampak apa2 yang mencurigakan.
Min patut ke saya carikan bini baru dekat suami saya ni, jadi dia boleh lah berketurunan ada anak semua. Sebab kalau tunggu saya, takut sampai sudah lah tak de hasilnya.. saya kesian kan dia je min. Memang la saya tak mandul, peluang tu ada. Cuma rezekinya belum. Tolon bagi pendapat min. Saya ada suruh dia kawin lain min, dia cakap kalau Gigi Hadid sangup jadi bini dia, dia kawin. Matey la min. Saya ni nak jadi isteri yang baik, Tak kesah la bab madu ni asalkan madu tu baik orangnya Sebab sampai bila pun memang laki saya tak kan tinggalkan saya, saya cuma nak dia ada life yang complete ada anak semua. Bantu la nasihatkan saya min saya..




