Hi krt admin.. macam biase hide fb.. aku duduk asing dengan mil. Baru setahun kahwin belum ada zuriat. aku pening macam mna nak buat bila mil tak habis2 nak cemburukan aku.. tengok suami bwa aku pergi makan kat restoran dia terasa. Baru baru nie laki aku ajak teman pergi ambil kereta baru pun Mil terasa hati siap duk update status kat wasap cakap anak dia ikut cakap isteri. Mil taktahu kereta tu pun aku bayar half. laki aku nie min, bulan2 dekat beribu habeskn duit bagi mak dia..
Coway, bil2 umah, belanja dapur semua laki aku tanggung. Tu pun mil tak reti bersyukur ke? Aku pulak laki aku bagi 200 untuk aku bayar hutang ptptn dan topup. tapi tak kisah laa sebab makan pakai, tmpat tinggal laki aku sediakan. Tu pun aku dah bersyukur sangat. Aku langsung tak berkira dengan mil walaupun suamiku dahulukn mak dia. Tapi yang paling aku tak boleh terima, mil aku macam bagi hint2 mintak laki aku cari bini no 2. Aku geram nak sound ‘mak sedar sikit anak perempuan mak ramai, sekarang nie pun saya dah penat hidup ‘bermadu’ dengan mak’.
Tak dinafikan lepas kahwin rezeki suamiku bertambah tapi tu bukan doa dari seorang ibu je doa sorang isteri pun afdal tapi mil anggap aku tumpang senang anak dia. Aku ada disisi suami dari dia zero to hero. Mase belajar pun aku banyak support dia. Tapi memang aku tak bekerja sekarang. Aku resign lepas kahwin sebab terpksa ikut suami kerja jauh. Oh lupe nak cakap mil aku bini no 2. Memang mentaliti bini no 2 macam nie ke? Sorry terlebih emo..




