Assalamualaikum min tlg hide ye..betul atas dunia ni setiap ujian rumah tangga tak mesti nya sama dengan orang lain..Tahun lepas saya ada kenal dengan dia sekarang sudah isteri saya kami baru sahaja dah berkahwin, kisah ni amat perit buat saya, semua nya terbongkar selepas berkahwin.
Saya dapat tahu yang isteri saya sekarang penah berkahwin dengan seorang lelaki, (bekas suaminya) dia patani siam, dan dia bercerai sebab bekas suaminya ada guna ilmu yang bukan2, pukau, sihir dan sebagainya. Dah 3 bulan saya kahwin, sampai sekarang hati saya dah tiada lagi padanya, bekas suami nya dah cari dia sebelum kami kahwin lagi, dan waktu yang same saya tak tahu yang lelaki yang selalu ganggu dia adalah bekas suami dia.
2 bulan lepas saya dah rasa sangat pelik pada diri saya ,mimpi bukan2,selalu nampak benda aneh, pergi jumpa ustaz, ustaz cakap kena buatan orang, bekas suami nya selalu ugut sms suruh saya tingalkan dia, dalam 3 bulan ni saya tak dapat bekerja kerana selalu muntah darah akibat perbuatan bekas suami dia, saya buntu, segala sisi sudut serang saya, apa patut saya buat..




