Assalamualaikum.. Aku suami orang aku ada isteri. Ada isteri Orang Cuba Menganggu Gugat Kebahgian aku dan isteri aku. Aku dan wife belum di kurniakan zuriat walau sudah lebih 6tahun bsama. tapi itu bukan alasan untuk aku dan dia tidak bahagia. kami bahagian bersama buat semua perkara bersama dan aku takpernah tinggalkn dia keseorgan dan dia juga sama..kami sentiasa dlm mood honeymoon.
Kisahnya bermula bila jiran (isterinya) sebelum ni ok, baik je bertegur sapa semakin pelik kelakuanya.. Depan isteriku dia berkelakuan sangat baik orgnya. juga depan suaminya. Sering juga bertukar menu maskaan bersama isteriku. Pada suatu hari aku dapat chat mesengger dr beliau, meluahkan perasaanya dan menceritakn hal rumah tagganya kononya dalam menuju kehancuran… tapi yang aku nmpak realitynya tidak seperti yang di luahkan. macam tiada masalah. malah aku cuma beri pandagan yang baik2 sahaja la pada permualanya sebab tidak mngesyaki apapa2 muslihatnya. Ya aku tidak memaklumakan hal ini pd isteriku kerna memang tidak mahu membuka aib @ masalah lain.
Di realitynya dia jiran sebelah rumah ku. dia tahu masa bila aku keluar bekeja dan aku balik kerja.. setiap kali aku keluar n balik rumah dia pasti akan ada d luar rumahnya untuk menegur ku.. Aku juga tidak lah mengahalau dan tidak melayan teguranya kerna ku anggap perkara biasa juga. sekarang sudah berlarutan sehingga sebulan juga padaku dan cara pemakaianya agak semakin tidak cukup kain. maaf mention perkara ni…
Semalam isteriku menjemput mereka sekeluarga makan berama d rumah ku, diringkaskn kisahnya dia duduk di depanku kerana isteriku di sebelah dan suaminya sebelahnya. Semasa semua menjamu selera isteriku ke dapur untuk mngambil mkanan, suaminya ke tandas dia sempat menguis kaki ku di bawah meja mengunakan kakinya. aku jadi tidak selesa terus bangun dan memaklumakan aku selesai makan.
Ya dia agak s*ksi juga berpakaian tapi aku takkisah kerna suaminya ada bersama. suaminya yang patut ajar adab isteri berpakaian kan. hal rumah tgga dia aku tak masuk campur.. Apakah aku perlu lakukan untuk mngelakn perkara ini berterusan? Ya aku sudah blok dr mesengger dan aku tidak bercadang menceritakn perkara ini ke isteriku kerna takmahu perkara yang taksepatutnya berlaku.