hai admin aku seorg suami yg sudah bekahwin slama setahun dan msih belum dikurniakan anak..rumah tangga aku ok2 sahaja tak da apa msalah berat cuma berkaitan hal isteri aku yg mana aku tidak suka sikapnya yg suka mendesak aku untuk makan.. buat pengetahuan semua aku ini memang seorang yang kurang makan dari zaman aku bujang sampai lah aku telah berkahwin.
Aku telah nyatakan pada istri tentang hal ini..masalah isteri aku macam susah hendak fahami..dia suri rumah tangga sepenuh masa memang tidak ada kerja lain selain masak kemas rumah dan membuat sikit2 kerja rumah..jadi masa yang terluang tu dia manfaatkan dengan mencari bahan dan resepi2 untuk masak makanan mnyelerakan untuk aku.
aku bukan tidak hargai tapi kalau dia masak bnyak mana pun kalau aku tak nak nanti membzir..waktu aku prgi kerja dia selalu bangun awal semata2 nak siapkan breakfast walhal aku dah britahu aku tak nak breakfast kalau makan aku selalu sakit perut tapi sudahnya dia akan merajuk..
kadang2 hal ni buat aku sangat rimas . malam2 pun masak lauk banyak2 contoh macam butter prawn …ketam masak lemak ..sotong dan lain2..walaupun dengan menyelerakan tapi aku memang tak brapa lalu untuk makan …kadang2 aku membentak aku berkurung dalam bilik semata2 malas layan karenah bini yang seringkali memaksa…
aku memang jenis seorang lelaki yang jenis tidak makan terlampau banyak ..kanapa ingin masak banyak kemudian memaksa? sudah aku nyatakan tugas dia simple masak bila perlu..baru2 ni hbungan kami mnjadi tegang gara2 aku sound dia hal ini..aku tak nk dia selalu msaak dan tolong jangan paksa aku makan..
aku tahu dia masak sedap sebb mak aku pun pernah memuji masakan dia tapi soalnya disini aku memang tak dapat nak makan belebihan seprti yabg dia minta…sekarang istri aku sudah tidak memasak lagi selama bbrapa hari ini..pulang dari kerja atau mahu pergi kerja dapur pun tidak berasap lagi ..hubungan kami pun agak suram..kurang bercakap sekarang dan hanya bcakap hal yagg pnting.
Sungguh skarang Aku mula rindu saat seperti sebelum ini aku telah bercrita pada rakan2 ofis dan mereka mula menyalahkan aku…jadi sekarang ini aku ingin bertanyakan pendapat smua salahkah apa yg telah aku lakukan?aku hanya tidak suka dipaksa melakukan benda yang aku tidak sukai…





August 8, 2018
Bila dah kahwin kenalah saling tolak ansur, please jaga hati isteri yg dah berkorban utk saudara. Saya anjurkan agar saudara kerap puasa nabi daud. Buka puasa kat rmh. Ingat syaitan selalu menghasut kita utk rosakkan rumah tangga….