tlg hide profil ye admin.. aku ramai adik bradik, ada 8 org, dan 3 pmpuan. semua dah berkahwin. dan abang2 atas ramai yang berkerja kerajaan dan banyak harta, rumah 5/6 buah tanah sana sini semua beli cash je. dan aku yang tingal di kmpg menjaga ibu. semua nak lepas tangan. diorg balik kampung 3/4 bulan skli, ada yang balik 3/4 taon skli. dan yang aku paling aku sedihkan, ibu sentiasa memuji yang jauh. takde kburukan langsung walau diorg hnya tel je. tu pun tel sesekali.
yang aku ni dok depan mata sentiasa nampak buruk dan ada je yang tak kena. aku tau lah, suami aku baru bergaji 1k lebih, tapi alhamdulillah, berkat dan ckup untuk kami 5 beranak. suamiku seora g yang cukup bertanggjawab, sayangkan anak2, dan sentiasa membntuku dirumah, dn sentiasa melebihkn ibuku. mksudny jika dia beli ape2 mesti dia bagi ibu dulu dari aku dan anak2. sentiasa tolong ibu, tapi ibu tak nampak semua kebaikan nya… aku sedih… sekarang ni pun aku taip dengan linangan air mata.
suamiku ada rumah sendri, tapi disebab kan ibu dah tak kuat dan sering sakit2 aku memujuk suami tingal bsama ibu dan dia mengikut saja tak sngka dok bersama membuatkn aku dan suami makan hati dengan mulut ibu sndiri. kadang bile suami baru gaji boleh lah nak beli ikan mahal2.. bile dah lame gaji beli la ape yang termpu, tu pun disindir2 oleh ibu, cakap besar betol ikan.. sambil ketawa2.
kadang along yang kaya tu balik kampung pun beli makan pun untuk keluarga sendiri je, tak de pun tingalkn lebih untuk ibu, diorang beli tmbikai makan anak beranak diorang je, tak ade tingalkn sepotong pun untuk ibu, beli durian pun yang paling murah, dan yang longgok2 busuk2. yang cume dapat makan berape ulas je, tu pun semua baik je depan mata ibu. aku ni bsli durian sebiji rm50 pun aku tak berkira yang pnting semua dapat mrasa. tapi masih buruk je pada mata ibu.
Mungkin kerana suamiku bergaji kecil, pada dia semua serba kurang, sedangkn allah yang tentukan, cukup segalany suamiku sediakn, anak2 tak pernah putus susu, beras tak pernah habis, dan bile tergerak nak makan pe pun suamiku belikan.. sedih bile ibu sendiri membezakan anak2. aku tulis ni ahnya untuk meluah, tak ade tempat untuk ku mengadu.. kadang lpas solat, aku mngis semahu mahunya.. abg2 semua meletakkn sepenuhnya tanggungjawab atas aku, sedangkn itu tangungjwab diorang sbgai anak lelaki..
suamiku yang nampak buruk lah tu yang beli susu yang mahal untuk ibu, anak2 dia yang laen tak pikirkn dia langsung. tel ibu rosak, tak ade pun yang risau tak dapat hubungi ibu, boleh je diorang belikan anak2 diorg tel mahal2 seribu lebih setiap sorang, untuk ibu pun tak ade hati lgsung. dan aku minta suami bawa tel ibu, betulkn dikedai, yang hanya cas rm30 je.. sedih bile segala kebaikan depan mata tak nampak.. yang baik cuma yang jauh dari mata…
kenapa lah ibu boleh jadi macam ni, sedangkan aku dan suami yang sentiasa ada msa susah senang.. tak kuat bile diuji allah begini.. lau nk tingalkn dok uma suami, nnti ibu tingal sendariian, dah la tak kuat.. bdn da tingal tulang, kaki kebas2.. ape harus aku buat. semua letak tangungjwab pada aku. macam ibu tu aku sorg kena jaga.. dengan pndangan ibu yang buruk pada ku dn suami.. kwn2 semua tlg doakn moga aku dn suami tabah dan sabar dlm mlayani karenah ibu yang sentiasa nmpk buruknya orang yang dekat, dn bgusny yang jauh.




