Salam admin boleh post yang ini? Jgn post yg atas. Sy dah edit yg ini.
Salam warga krt. Hari ni saya sedikit sedih. Saya nak mulakan business di Australia, saya sekarang tinggal di australia. Sy cerita dekat suami nak mulakan business dan ada banyak potentials customers tapi suami tidak percaya akan kebolehan saya. Saya sudah ada partner business yang saya akan registers company guna company partner business sy dan dia adalah Dr bertauliah di Australia, dan dia percaya saya boleh buka business ni.
Cumanya saya perlukan bantuan suami untuk start business saya dan saya cerita dekat suami yang saya nak buka business ni. Saya dan suami tidak sefahaman dari mula perkahwinan sebab kami berkahwin bukan suami cintakan saya. ada sebabnya yang saya tak boleh cerita. Saya tahu sampai sekarang suami berat nak terima saya sebagai isteri. Suami selalu anggap saya sebagai beban dalam hidup dia. Dia suruh saya cari suami lain yang boleh jaga saya dan dia akan lepas saya bila saya dah jumpa suami lain.
Saya cuma nak cerita yang apa pun yang saya nak buat suami selalu rendahkan saya. Suami selalu kata saya malas tapi makan apa semua saya dah sediakan untuk dia bila saya cakap saya dah sediakan cukup untuk dia tapi dia akn berdalih. Contohnya kalau saya masak untuk dia. Dia akan cakap ‘saya tak suruh masak pun, saya boleh makan luar. Tapi bila saya tak masak dia akan cakap ‘ saya malas tak buat kerja rumah.
Saya dan dia kerja sama2.Saya pun penat kerja. Balik masak lagi kerja rumah lagi. Dia juga kena faham.Saya cuma sedih bila suami selalu rendahkan saya. Tapi suami saya juga kena ingat. Bila saya dah berjaya dia juga yang happy dan hidup senang. Harap warga krt boleh bagi pendapat. Tq admin. Dari Nur(bukan nama sebenar)