Assalam admin, ini kisah benar saya. Semoga jadi iktibar kepada wanita-wanita lain. Saya berkahwin dgn ‘first love’ saya, kami sebaya, belajar di sekolah dan di Universiti yang sama. Lepas grad, kami terus dapat kerja dan menikah selepas beberapa bulan, dan setahun selepas itu kami dapat anak pertama. Anak kedua lahir 2 tahun kemudian. Setahun selepas itu saya mengandung lagi, anak yang ketiga. Saya ingatkan kami bahagia. Saya sayang sangat keluarga saya, suami saya baik, solat tak pernah tinggal, dan anak-anak saya pun comel dan bijak.
Tapi bahagia tak lama, selepas saya melahirkan anak ketiga saya terjumpa resit hotel suami saya. Rupa-rupanya selama ini yang kononnya dia outstation sebenarnya dia curang dan tidur dengan perempuan lain. Patut lah kerap betul outstation. Hubungan di dan skandalnya dah hampir 2 tahun. Saya lari balik rumah mak dengan anak-anak, tapi dia pujuk balik. Dia janji dia tak akan buat lagi. Dia putuskan hubungan dengan perempuan tu. Saya percaya, dan ikut dia pulang. Mak dan adik beradik saya ofkos lah marah sangat, tapi memikirkan anak-anak kami yang masih kecil, mereka izinkan.
Kami lupakan sejarah hitam tu dan dia pun makin berubah. Jadi suami yang sangat loving semula. Saya sekali lagi tertipu. Masa saya dalam pantang anak ke7 saya dapat tahu dia ada skandal lagi. Resit hotel sana-sini. Video luc*h dia dgn perempuan yang kedua ni punyalah banyak dalam laptop dia. Saya nekad nak berpisah, dah siap jumpa lawyer syariah dengan bukti-bukti semua. Saya failkan saman cerai. (Oh, saya lupa nak beritahu, tiap kali skandal suami saya terbongkar, dia akan mula pukul saya kalau saya tanya pasal skandal tu. Lebam dan tergeliat sebab lengan dipulas tu dah biasa sangat kalau time dia ada affair) .
Tapi cinta dan sayang yang terlalu dalam pada dia membuatkan saya balik semula kepada dia. Saya tarik balik saman cerai. Saya risaukan hidup anak-anak saya seramai 7 orang itu. Yang sulung baru darjah 6 masa tu. Sekali lagi suami saya minta ampun dengan saya, menangis sambil cium kaki saya, katanya dia dah bertaubat nasuha. Kononnya dia tak akan ulang lagi perbuatan terkutuk itu.
Fast forward 10 tahun, saya kembali lupa kisah hitam itu. Saya jatuh sakit, kans*r. Sepanjang saya sakit dan ambil rawatan, dia jaga saya dengan baik. Dia juga pernah sakit dan dibedah beberapa kali dan saya juga jaga dia dengan baik. Saya memang amat sayangkan dia dan semua anak-anak kami. Selepas didiagnos dengan kans*r saya diberhentikan kerja, jadi saya hanya bergantung hidup pada suami saya. Sepanjang hampir 2 tahun rawatan pembedahan, kimoterapi dan radioterapi saya kuatkan semangat. Saya mahu hidup lebih lama dengan keluarga saya. Akhirnya saya sihat semula.
Suami saya suka bercerita di media social mengenai keluarga kami selalu upload gambar kami berdua dan anak jadi saya memang ingat dia sayang saya sepenuh hati. Semua kawan-kawan kami pun percaya begitu. Huh, macam dalam cerita di tv kan? Saya tertipu lagi. Orang kata.. Once a cheater, always a cheater. Sekali lagi saya terjumpa resit hotel. Seminggu kononnya dia outstation di luar negara, rupa-rupanya dia bepoya-poya dengan seorang perempuan (skandal ke 3), di satu hotel mewah di negeri yang sama dengan saya.
Saya mula menyiasat dan saya dapat lagi video dan gambar kecurangan dia. Kali ini saya nekad, saya tak berundur lagi. Saya buat aduan ke jabatan agama islam ketika dia berada di satu hotel dengan perempuan tu. Saya minta mereka ditangkap basah tapi staf hotel pergi beritahu mereka. Terlepas akhirnya. Saya failkan saman cerai sekali lagi. Walaupun saya baru habis rawatan kans*r, tak bekerja, ada 7 orang anak yang perlu saya fikirkan, saya teruskan juga kes cerai. Dia tak pernah hadir untuk kaunseling mahu pun untuk sebutan kes. Dia ugut saya dia tak akan pergi mahkamah dan tak akan sekali-kali lafaz cerai, jadi kononnya selagi saya tak ditalakkan oleh dia, saya akan di gantung tak bertali. Saya dipukul berkali-kali. Anak-anak semua jadi saksi tiap kali dia pukul saya. Kali ini saya tak bod0h lagi, saya buat laporan polis dan saya pergi hospital dapatkan laporan perubatan atas kecederaan itu.
Pada kawan-kawannya saya difitnah kononnya saya sudah tidak seperti perempuan (sebab kans*r) jadi sebab itu dia cari yang lain. Saya juga dituduh tidak mahu menerima poligami dan meroyan sebab dia nak kahwin lagi kononnya, sedangkan yang buat saya marah ialah sebab dia tidur dengan perempuan lain sana-sini. Saya bukan cakap kosong, saya bukan memfitnah, saya ada ‘hard evidence’. Poligami dengan curang tak sama.
Memang saya takut bercerai, saya takut apa orang akan kata (orang kata dia baik sebab perwatakan dia macam orang alim). Puas saya dituduh memfitnah dia. Saya takut saya tak mampu tanggung hidup anak-anak saya. Saya takut kanser saya datang balik, saya takut macam-macam. Tapi saya kuatkan hati, saya tawakkal lillahi ta’ala. Rezeqi saya datang dari Allah bukan dari dia. Keluarga saya dan juga keluarga dia sokong penuh keputusan saya. Saya redho, dia bukan hak saya, saya juga bukan hak dia.
Saya teruskan kes cerai, semua evidence saya kemukakan di mahkamah. Laporan polis dan laporan perubatan tiap kali dia pukul saya juga saya kemukakan. Laporan polis ketika saya usahakan tangkap basah dia dengan jabatan agama juga saya kemukakan. Tak sampai setahun, pihak mahkamah akhirnya jatuhkan talak ke atas saya. Dan dia disabitkan sebagai suami yang nusyuz jadi hak jagaan anak-anak semuanya dapat pada saya. Tuntutan nafkah juga memihak kepada saya.
Saya rasa lega. Sungguh bersyukur. Walaupun hidup saya tak seperti dulu, saya lega kerana saya sudah terlepas dari kecurangan dia. Sekarang saya sudah tinggal jauh dari dia. Saya pun dah bekerja semula. Kami sekeluarga akhirnya dapat mulakan hidup baru tanpa trauma lagi dengan drama-drama dia.
By the way, kanser saya tu kans*r serviks Dari kuman hpv yang diberi oleh dia kepada saya tragis kan? Saya harap kepada wanita-wanita lain yang takut untuk melepaskan diri, beranikan hati, kuatkan semangat, tuntut lah hak anda jika rasa teraniaya. Jangan kerana terlalu cinta, sanggup hidup sengsara. Jangan jadi bod0h. 25 tahun saya bersabar, akhirnya till jannah yang saya harapkan berkubur juga.




