Hye krt. Nak tanya pendapat semua yang berpengalaman. Kisah nya saya dan suami dah berjaya tinggal asing dari parent setelah hampir 1 tahun duduk sebumbung. Bahagia sangat sebab dapat berdikari. Dan sekarang dah masuk hampir 2 tahun perkahwinan kami.
Bakal timang cahaya mata tak lama lagi. Tapi yang buat saya serabut.. Sedih bila fikirkan nasib diri.. Bakal anak yang lahir.. Keluarga kecil saya ni.. Saya jadi risau, buat masa sekarang kami hidup berdua, saya suri rumah. Suami krja biasa dan gaji tak smpai 1k. Saya cadang nak kerja lepas bersalin nanti. Saya ada bagi tau suami, tapi dengan syarat suami kena berhenti kerja dan urus baby.
Saya bukan nak suruh suami jadi mem. Atau banyak kisah yang saya tengok bila dah laki terbiasa tak kerja nanti dia akan malas nak kerja dah. Tak. Saya bukan nak buat macam tu. Kat sini kami duduk kampng. Dan saya hanya nak suami berhenti dari kerja yang sekarang dan mula buat kerja dengan ayah nya. Kerja kampng. Kerja kampung saya nak bagitau lagi loded kalau nak banding dengan kerja yang suami buat sekarang.
Dah lah cuti kerja nya cuma 1 hari dalam 1 minggu. Pastu masok kerja pergi balik malam. Andai saya juga bekerja nanti apa nasib anak kami? Masih baby lagi. Saya sejujurnya memang tak kan bagi mak ayah atau mertua jaga sebab diorang pun dah tua kita faham dah penat jaga kita sampai besar tak kan nak bagi jaga cucu pulak. Saya tak nak susah kan orang lain. Cukup kami laki bini settle kan.
Saya jugk tak harap pengasuh dengan banyak cerita dan kes sekarang ni. Lagi pulak dengan kos bayar asuh lebih baik saya duduk rumah. Kalau suami kerja kampng sekurng nya kerja nya cuma siang hari.. Dan beberapa jam saja. Yang jadi msalah suami tak nak. Dia nak saya yang urus baby. Makan. Pakai.. Saya ok ja memang awal niat nak jaga anak dengan tangn sndri nak bagi suami makan pakai yang sempurna..
Saya bagi syarat juga andai smpai nanti saya bersalin tapi bos tak naik kan gaji suami saya memang saya akan tetap bekerja dan suami perlu buat kerja kampng dan jaga anak. Suami ada kelulusan tapi belum rezeki nak dapat kerja lagi elok, dan suami dah kerja dengan bos dia hampir stahun lebih dah.. Kalau saya kerja saya cuma akan masuk kilng sebab dengan kelulusan saya dan saya memang dah pernah kerja kilang.
Jangan cakap kilng sengkek yer janji dgn usaha dan niat saya nak bagi ckup makan pakai anak dan nak tolong suami. Insayaa allah..
Suami saya baik orang nya alhamdulillah Ringan tulang Susah kami tak pernah lagi saya tiada makanan Menu makan pun alhamdulillah tak pernah nasi kosong dengan telur sentiasa ada ja rezeki yang datang. Tapi kami memang tak ada simpanan memang tak cukup. Hanya cukup untuk hidup. Makan. Sewa. Bil bil. Dengan gaji suami tak seberapa. Saya ada jugak buat dropship tapi 1sen pun tak blik modal bukan baru malah dah bertahun. Entah mna salah nya. Saya dah praktis masok group semua bljar mungkin bukan rezeki dalam tu.
Nak meniaga pulak modal pun cukup² makan. Suami cakap jangan kerja. Insayaa allah rezki anak ada. Dia akan usaha mintak naik kan gaji. Dan akan lebih usaha keras part time kampung. Saya bukan apa. Saya tak nak suami letih bayangkan masok kerja jam 10 pagi. Tapi jam 7 pagi dah banngun sebab part time buat kerja kampng. Tiada masa lain dah sebab suami kerja 6 hari semnggu. Saya yang tengok dia pun rasa letih..
Hm apa pendapat semua? Boleh tak critakan penglman kakak² yang dah lama kahawin. Dan boleh tak hidup macam ni? Saya tidak menidakkan rezeki cuma terfikir nasib nanti.. Suami cuma nak saya fokes rumah. Masak. Baby.. Dia lansung tak nak saya serabutkan fikir hal duit.




