Assalamualaikum admin dan semua..Kisah saya yang saya tulis ini adalah coretan serba sedikit kehidupan saya bersama suami yang sangat saya sayangi..Allah berat rasanya bila mengenang sisuami yang hidupnya dalam berbelah bahagi antara keluarga kami dan keluarga sendiri..awal perkahwinan kami lagi sudah diuji dengan perangai keluarga yang masing-masing ada sifat-sifat tersendiri dari abang hingga ke adik bongsu termasuk juga la dengan biras..suami saya adalah anak keempat didalam keluarga,pada mulanya saya tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga mertua saya sehingga saya ternampak sendiri bagaimana cara ibu ayah mertua dan adik beradik suami saya melayan suami sehingga tempias itu terkena pada saya..sehingga saya bertanya kenapa mereka melayan kami berdua dengan sangat teruk apalah salah saya dan suami..hari-hari kata makian, dengki, busuk hati ,gelakan sinis sentiasa dilemparkan kepada kami umpama kami ini bukan sesiapa pada mereka..
Suami pun bercerita sejak dari usianya masih kecil dia sentiasa diperlekehkan oleh adik beradik kerana kondisinya yang dikatakan lembab diantara adik beradik,semenjak dari kecil dia disuruh untuk menjaga adik-adik yang kecil,membuat kerja-kerja rumah,sentiasa dimarahi dipukul abang sehingga adik-adik pun sama berlaku sedemikian terhadap dia..menangis saya mengenangkan suami saya tatkala dia bercerita perihal kehidupan kecilnya..ibu dan ayah yang membeza-bezakan dia dengan adik beradiknya kerana penyakit lembabnya itu yang menjejaskan seluruh kehidupan persekolahannya..Allah luruh hati saya…saya berpendidikan dalam jurusan perubatan dan pernah berkerja beberapa tahun sebelum saya nekad berhenti untuk menjaga anak-anak dan melupakan hasrat saya untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi.. Mengikut pengalaman saya sewaktu berkerja dulu sama sekali saya katakan pada suami daripada apa yang dia cerita dia bukanlah lembab seperti yang dikatakan keluarganya tapi dia istimewa kerana pada permerhatian saya suami menghidap dyslexia..
sehingga ke hari ini suami saya sentiasa membantu suami dalam melawan dyslexia dia sehari-hari.. perkenalan kami yang agak singkat sebelum berkahwin memang saya tidak nampak perubahan atau kelainan padanya sehinggalah saya berkahwin dengannya..redha saya pada Allah kerana Allah juga mempertemukan suami yang terbaik dalam hidup saya sehingga kekurangannya itu ditutupi kelebihannya yang ada..bersyukurnya saya pada Allah…biarpun masing-masing sudah besar sudah berkeluarga sikap mereka terhadap suami tak pernah berubah..adakala semakin hari semakin teruk memperlekehkan suami didalam whatsapp group tapi begitu pada suami saya sehari-hari umpama makanan ruji diperlekehkan adik beradik dan jenis memang sentiasa berkata biarlah sayang apa mereka nak kata abang malas nak layan..
mungkin kerana malas berkata banyak sebab tidak mahu memanjangkan hal-hal tersebut..mungkin juga mahu menjaga silaraturahim antara hubungan adik beradik jadi dibiarkannya sahaja..Allah kekuatan apa yang dalam hati suamiku ini..manusia jenis apakah suamiku ini sehingga menidakkan realiti kehidupannya sendiri..terkadang sedih melihat mukanya menahan kesedihan yang amat berat.. ayah mertua saya mempunyai perniagaan kedai runcit..dalam usia yang hampir lanjut masih kuat mencari rezeki tapi tiada siapa diantara 10 anak yang ada mampu untuk membantunya..kecuali suami saya kerana jarak dari tempat kerjanya dan kedai runcit ayah adalah dekat..sesuai habis waktu berkerja suami bergegas membantu di kedai tanpa ada rasa sedikit pun perasaan penat dalam diri tetapi setiap kali itulah diperlekeh adik beradik lain katanya suami gilakan duit,hambakan duit ,tolong bukan sebab ikhlas tp sebab duit..
pergi berkerja sesudah subuh pulang kerumah sesudah azan maghrib..sentiasa saya katakan padanya jika penat bagilah tahu pada ayah dan ibu yang abang tidak larat membantu tetapi jawapan suami tetap sama pada saya abang kasihan pada ayah sebab penat..apalah yang boleh saya katakan lagi..tapi pada adik beradik masing-masing hanya pandai berkata dimasa ayah memerlukan bantuan masing-masing menghilang entah ke mana disaat mereka susah pada ayah ibu juga la meminta bantuan..jika suami melakukan kerja lebih masa dipejabat dan tidak membantu ayah seperti biasa habis dicanang adik beradik katanya suami pemalas dan mengelat..
suami saya berkhidmat dalam bidang yang mana dia sentiasa bertemu dengan ramai orang dan kerja memerlukan komitmen yang sangat tinggi terkadang memang tiada masa untuk membantu..saya kecewa dimanakah anak-anak ayah ibu mertua saya yang ramai-ramai itu padahal bukan jauh pun mereka semua tinggal masih didalam negeri yang sama kenapa masih mengharap pada suami saya..masing-masing memberi alasan yang tersendiri tidak boleh menolong..penatnya pada wajah suami saya hanya saya dan Allah yang tahu..antara berbakti pada ayah dan ibu dan keluarga kami dan kerjanya kata-kata buruk dari adik beradiknya…penatnya dia menanggung terkadang pernah saya melihat dia menangis saya hanya biarkan mungkin itu cara dia melepaskan tekanan dan beban…
kerana saya tahu setiap apa yang diperkatakan adik beradiknya dia simpan dalam hati cuma mulutnya sahaja berkata biarkan…sampai bila semua ini akan berakhir hanya Allah sahaja yang tahu..semoga Allah memberikan saya keteguhan hati dan kasih sayang tidak berbelah bahagi antara saya dan anak-anak agar saya tidak membezakan setiap kelebihan dan kekurangan anak-anak saya..Ya Allah semoga Kau memberikan kekuatan yang berlipat ganda pada suamiku,Kau berikan kekuatan hati kekuatan fizikal pada dia dalam berbakti pada ibu dan ayahnya..
dialah suami yang terbaik dalam hidupku dan anak-anak…biar berkorban banyak masa pada anak-anak kasih dan sayang pada anak-anaknya melebihi segalanya..maaf sekiranya coretan ini terlalu panjang untuk dibaca semua..ini hanya coretan seorang isteri yang kasihkan suaminya…terima kasih admin…Salam Ramadhan..




