Hi KRT, harini aku nak citer sikit. Aku ni hobi main game. Memang dari dulu lagi aku suka main game. Bini aku ni selalu buat muka, ada jer tak puas hati kalau aku main game. Tambah lagi sekarang kan puasa. Aku selalu jer balik lewat pukul 4 pagi sebab nak terus sahur. Tu pun marah. Bini aku ni ada jer alasan dia. Sikit sikit alasan anak. Kerja rumah dia lah yang buat. Kerja aku cari nafkah jer. Memang aku suruh dia basuh kereta buang sampah basuh tandas semua. Kereta tu dah 3 minggu dia tak basuh Alasan anak demam lepastu buang sampah pun susah Apa susahnya letak lah anak kat tepi basuh lah kete Bawak jer lah anak tu pegi buang sampah sekali. Anak aku tu baru 5 bulan. Tiap masa menagis. Aku dah lah balik lambat pkul 4 pegi main game. Pastu sahur lagi smpai pkul 5 so time aku tidoo Anak aku bising jer memekak..
Harini anak aku jatuh katil sebab bini aku letak sebelah aku dia dah sendal kan bantal tapi Anak aku tu dah pandai golek golek. Entah macam mana jatuh katil. Dia lah yang bodoh. Dia bgtaw dia sakit perut nak berak. Takde org nak tengok. Ape ke bodoh sgt. Bawak jer lah anak sekali. Pastu salahkan aku tanak tengok anak. Aku nak tidoo. Aku mengantuk. Bila nak masak jer. Sruh aku tengokkan. Aku nak rehat. Susah sangat ke jaga anak? Aku cari nafkah lagi susah taw. Aku ni pulak perfectionist, aku mmg nak tengok semua benda teratur and aku ni ketua keluarga. Dia kena dengar cakap aku. Dia tak boleh lawan. Even aku tak nak jaga anak sekalipun. Dia kena dengar. Pesanan untuk semua isteri. Apa yang suami cakap, kena patuh. Kena taat. Jangan nak lawan. Okay bye