min tolong post kisah aku… aku nak pendapat orang kisah aku macam ni. aku perempuan umur aku 21, aku ni tak la alim sangat tapi tahu batas2 pergaulan. masa zaman u dulu ada sorang laki ni minat kat aku. laki tu classmate aku, dia memang handsome tapi aku tidak layan pun dia.
Boleh dikatakn tiap2 hari dia ganggu aku, ajak keluar ajak makan ajak tengok wayang tapi aku tak ikut pun. pernah satu hari tu aku geram sangat dekat dia, aku maki dia dekat cafe depan orang ramai, start tu dia dah tak kacau aku dan aku rasa aman sangat sampai aku habis belajar.
Dah habis belajar aku praktikal dekat penang, aku sewa rumah dekat penang sorang2, rumah taman dan jiran aku tu ada anak lelaki, sama umur, sama u, sama course tapi class lain, aku kenal dengan laki ni gitu2 je sebab masa dekat u dia ni pendiam, tapi laki ni ramai orang minat la, tapi dia ni memang jarang bercakap dengan perempuan.
Ayah dia ni selalu ambil berat psal aku sebab aku duduk sorang2 dekat rumah. ada 1 hari tu laki yang minat dekat aku text aku, dia cakap dia terasa dengan aku sebab maki dia depan orang ramai, aku rasa bersalah sangat dekat dia dan aku minta maaf, dia cakap dia bole maafkan aku tapi kene teman dia dinner sat, lepas ni dia tidak akan ganggu aku dah.
Sebab dia cakap dia dah tak nak ganggu aku dah aku pun setuju teman dia dinner, dia ambil aku dekat rumah, rupanya aku silap besar ikut dia pergi dinner, dia bukan nak ajak g dinner tapi dia nak rog0l aku dan aku kene rog0l, sebab dia berdendam dengan aku tolak cinta dia dengan malukn dia di depan orang ramai.
Start dari tu titik hitam bermula dalam hidupku aku mengandung anak dia tapi dia tak nak bertanggung jawab, aku balik kampumg bagi tahu family tapi family buang aku terus, aku balik penang hari2 aku menangis, aku nak report polis tapi aku takut. lepas tu aku buat keputusan berhenti praktikal dan cari kerje sebab aku nak bela anak dalam kandungan aku.
Macam2 kerje aku buat nak dapatkan duit. masa 3 bulan aku mengandung aku jatuh bilik air aku ggur, aku terpaksa panggil jiran aku minta tolong, pak cik tu baik sangat dia tolong aku semua sampai habis panntang, aku cerita semua masalah aku dekat dia, aku cakap aku kene rog0l, dia sorang je percaye cakap aku
Sebab dia tak pernah nampak aku bawak balik laki, tak keluar dengan laki, aku anggap dia macam ayah aku sendiri, dan dia paksa anak laki dia yang aku cakap tadi satu u satu course kahwin dengan aku sebab dia cakap aku ni baik, tapi aku tolak sebab aku ni dah tak suci tapi hari2 dia pujuk aku suruh kahwin dengan anak dia, sebab aku terkenang jasa dia jaga aku masa dalam pantang aku trima.
Aku tahu anak laki dia tu terpaksa terima aku, aku rasa serba salah sangat dekat dia, masa aku nak nikah aku susah sangat sebab abang aku jadi wali aku. dia tuduh laki ni yang hamilkan aku, macam2 dia tuduh padahal dia baik sangat, lepas nikah aku cakap dekat suami aku, bagi aku masa 1 tahun lepas tu dia boleh ceraikan aku.
Dia cakap ok dan dia cakap dia tak kan sentuh aku walaupn tidur sekatil, aku rasa bahagia bila dia cakap begitu, ni aku nak citer pasal mak mertua aku, mil aku dia memang tak terima aku yela sapa nak terima menantu yang tak suci, hari2 dia cari salah aku, dia mqki aku, dia hina aku, aku akan jadi lemah kalau orang hina aku, suami aku memang tak ambil tahu da pasal aku
Ada satu hari tu mil aku hina aku, dia cakap macam2 pasal aku, tuduh aku macam2 sampai aku dah tak dak air mata nak menangis dan aku buat kputusan keluar dari rumah tu dan pergi jauh dari penang, laki aku memang tak akan cari tapi ayah mertua aku yang beria cari aku sampai hari ni tak balik rumah dia. sekarang aku keliru perlu ke aku balik rumah walaupun laki aku tak pedulikan aku??




