Assalamualaikum untuk kawan2 KRT, Tolong Hide ya fb aku ni admin. Aku nak buat satu luahan pasal diri aku sendiri ni kisah aku 2 tahun lepas. Aku seorang isteri dan ada anak seorang. Aku bkerja, Aku pernah curang belakang suami aku dan aku bkawan dengan suami orang. Tapi tu cerita lama. Bila kantoi dengan si isteri laki tu terus semua btukar jadi kucar kacir. Si isteri asyik salahkan aku saja dalam hal ni,dan selalu memangkan suami dia.
Kiranya aku je la yang salah ,Di mak* hamun ,di bab*, si*lkan semua aku saja yang kena. Btw aku ni bergaya, dan ada rupa juga. Mungkin sebab itu si isteri ni rasa tergugat juga dengan aku. Tapi tu semua kisah lama, aku dah bertaubat dan kembali ke pangkal jaln. Aku sendiri tinggalkan suami dia tu dan aku focus dekat suami anak2 aku saja. Bagi aku ni suami ujian dalam rumahtangga yang aku kena sebab dulu aku pun anti bila dengar kes rebut suami org ni.
Dan aku sendiri buat lepas tu. Cuma aku ni sedar diri awal dan cari mana kebaikan pasangan aku. Yela bila bcinta ni semua buta kan mata, yang tak elok pun pandang elok. Si isteri ada hak untuk marah bila dpt tahu suami tu curang hati mana yang tak hancur cuma jangan la semua salahkan perempuan. Kes aku ni laki dia sendiri yang cuba mngorat aku,dan aku tewas melayan jgk. Dua2 salah. Walaupun syangkan suami jangan la sampai semua kesalahan suami ditutup dan letak semua atas kepala perempuan yang curang tu jgk.
Ramai si isteri yang asyik salahkan orang ke3 saja, ketahuilah dalam hubgan ni tiga2 salah. Si isteri jgk perlu melihat mana silapnya dlam pkahwinan tu jg mana tahu disebabkan perangai sendiri jgk yang buat lelaki cari lain. Tapi kalau si suami tu baik, setia jgk tak kan cari yang lain. Aku bukan mintak di kecam tetapi ni luahkan dari aku sendiri bekas penyond0l. Aku tak mintak semua ni jadi,kalau boleh di undurkan masa aku nk jadi isteri ibu yang lebih baik dari sekarang. Tq admin siarkan cerita aku.