Assalamualaikum admin.. Mohon siarkan kisah sy. Ramai orang beranggapan perkahwinan yang diatur oleh orang tua akan bahagia hingga ke akhir hayat. Ada yang sanggup lukakan hati kekasihnya demi menjaga hati orang tua. Mungkin benar ada yang bahagia, tetapi bukan aku. Hingga sekarang, perasaan bersalah terhadap ex gf (namanya M) masih menghantui diri ni.
Aku kenal M tahun 2007, masa dia sibuk berulang alik berbincang menyiapkan thesisnya dengan supervisornya yang duduk depan bilik pejabat aku. Dipendekkan cerita, melalui member aku tu lah aku dapat mengenalinya dengan lebih dekat dan akhirnye die bersetuju menjadi gf aku walaupun usia kami berbeza 7tahun. M adalah pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, anak sulung yang menjadi harapan keluarga untuk keluar dr belenggu kemiskinan. Sepanjang mengenalinya, tidak pernah sekalipun die mengambil kesempatan meminta wang atau hadiah walaupun die tahu aku mampu beri apa yang dimintanya.
Hampir setahun kami berkawan, aku nyatakan hasrat untuk memperisterikannya sebaik sahaja dia konvo, tetapi ditolak. Dia minta tempoh dalam 2 atau 3 tahun. Bagi masa untuk dia bahagiakn ibu bapa dan adik2nya dahulu. Ok lah, aku paham anak sulung memang besar peranannya. Tetapi ak minta dia berjumpa dengan ibuku dahulu. Masa jumpa tu, macam2 yang ibuku tanya sehingga ada hal2 yang menyinggung perasaan M. Akhirnya M menyepikan diri, call tak dijawab, mesej tak reply..aku tahu dia memang kecewa dengan sikap ibuku yang menghina keluarganya.
Ibuku sebenarnya ada agenda lain, ada calon lain untukku. Aku tiada pilihan, kalau aku bantah, aku akan jadi anak derhaka. Akhirnya aku terima tanpa rela. 2 tahun aku bergelar suami, namun sedikit perasaan sayang pun x wujud, apatah lagi cinta. Selama 2 tahun aku, tidak pernah sekalipun aku sentuh isteriku. Kami tidur berasingan. Aku tahu yang isteriku juga sudah punya bf dan mereka masih lg berhubung. Selepas 2 tahun, akhirnya kami ambil jalan berpisah & bawa haluan masing2. Ya, memang kami langsung tak bahagia dengan perkahwinan yang dirancang keluarga.
Sepanjang aku menjadi suami orang, Aku selalu stalk fbnya sahaja M da jadi cikgu di kampung halamannya tak jauh pun dengan tempat kerjaku. 0 Sekarang dia dah ada rumah & tanah sendiri, ibu bapanya juga tinggal dengannya. Segala impiannya dulu telah tertunai. Aku kagum sangat. Cuma dia masih membujang hingga kini. Mengapa? Mungkinkah dia masih ade perasaan terhadapku? Ntah lah
Aku pernah jumpa M 3tahun yang lalu, aku juga sudah memohon maaf dan sekali lagi menyatakan hasratku. Namun M sekali lagi menolak atas alasan die tak boleh bahagiakan aku & keluargaku. Mungkin hatinya masih terguris dengan kata2 ibuku dulu.
Baru2 ni aku dapat berita yang M warded sebab masalah paru2. Aku pergi melawatnya, tetapi dia sedang tidur. Mukanya sangat pucat. Aku hanya berjumpa dan berbual dengan ibu bapa M. Menurut mereka, M memang sayangkan aku.. Tp M pernah kemalangan dan ada masalah tulang belakang serta masalah rahim. Andainya dia berkahwin, dia tidak boleh melahirkan anak. Sejak tahun lepas, M diuji lagi dengan masalah paru2. Sebab tu lah, dia sentiasa mengelak untuk berjumpa denganku Sebenarnya selepas mendengar penderitaan M, perasaanku jadi tidak menentu. Rasa sayang semakin kuat. Jujur aku katakan aku memang nak dia jadi isteriku yang sah agar aku dapat merawat dukanya.
Tetapi bila ku nyatakan hasrat itu kepada ibuku, terus ditolaknya. Katanya kami tidak setaraf. Aku tak tahu setaraf yang bagaimana lagi yang ibuku mahukan. M sekarang cikgu, aku pula lecturer, kalau difikirkan memang sepadan. Aku jadi serba salah. Dia ibuku, orang yang mengandung, melahir dan membesarkan aku. Kalau ingkar, aku takut jadi anak derhaka yang tidak akan cium bau syurga.
Tapi M adalah cintaku, M impianku yang tertangguh hampir 10tahun. Apapun kekurangan M, aku ingin menjadi pelengkapnya. Tapi, aku benar2 tersepit.