Assalamualaikum min. Saya harap min sudi siarkan luahan saya. Tlg hide profile saya min. Terima kasih. Saya tgh pregnant baby first. Cuma hb saya low. Jd badan saya sgt lemah. Doctor bagi ubat baru yang menyebabkan saya cirit 2/3hari ni. Semalam adik ipar saya datang rumah kami dengan suaminya dan ikutkan plan dorg nak pergi melaka hari ni sang tadi lepas sakit perut badan saya sangat lemah saya terus mandi dan hanya bertuala yang cover dada ke peha. Suami saya ke kedai kejap beli barang.
Dalam keadaan berpakaian cmtu, tgh saya gosok gigi, tiba2 suami adik ipar saya yang konon ke melaka tu bukak pintu perantaraan toilet.
Bilik kami macam kembar dan share satu toilet. So masa laki tu bukak pintu, saya tekejut dan sempat menolak semula. Tp hati saya kuat mengatakan dia dapat melihat keadaan saya bertuala macam tu. Kedudukan bilik kami kiri kanan. Masing2 boleh tembus toilet dr bilik sendiri. Masalahnya pintu perantaraan toilet dan bilik hanya boleh dikunci dr DALAM bilik. Saya yang disebalik pintu takboleh kunci. Saya rasa sangat down min. Saya malu nak bagi tahu suami saya tapi air mata saya tak berhenti mencurah. Bila saya inform suami saya, dia macam nak marah saya tapi tak jadi sebab macam kesian.
Cuma hati saya taktenang dengan apa yang jadi. Ya Allah saya rasa sangat malu min. Penat saya pelihara aurat dan maruah saya selama ni. Sekelip mata Allah uji macam ni min. Laki tu pun main terjah je toilet. TAK ade common sense ke fikir kot2 ada orang. Saya marah dia pun tak guna sebab benda da jadi dan dia takrugi apa pun. Saya Malu min, ya Allah. Saya nak turun makan pun malu. Semoga Allah hapuskan ingatan laki tu untuk apa yang dia ternampak pada diri saya.




