Assalamualaikum semua. Semalam 11 July makhamah syariah telah memutuskan saya dan bekas suami bercerai talak 3 Tapi Kami masing masing saling menyayangi. Kerana kejahilan dan kebodhan Kami, anak anak jadi mangsa keadaan. Bekas suami dah redha kalau saya bernikah lain dahulu kemudian bercerai dengan suami baru untuk ruju semula dengan dia.
Ya, nama glamornya nikah cina buta. Saya dah rujuk ust, ust cakap nikah dengan bekas suami untuk rujuk jadi sah kalau saya bersama dengan suami baru dan jangan sebut pasal ini masa akad nikah dengan suami baru. Harap suami baru ni sudi lepaskan saya demi kebahagiaan saya dengan bekas suami dan anak anak.
Katakanlah suami baru tak nak lepaskan, saya dan bekas suami redha smpai sini je la jodoh kami.
Abah dia Akan buang bekas suami daripada keluarga kalau bekas suami trima saya smula. Begitu juga dengan mak saya. Mak nak buang saya sebagai anak. Tapi Kami fikir anak anak, kami nak bersatu dengan anak anak semula. Ya ALLAH bantulah Kami berilah peluang kedua untuk rumahtangga Kami. Kami betul2 menyesal dengan kesilapan Kami. Kami nak membaiki apa yang kurang untuk kebahagiaan anak anak.
Anak anak Masih kecil lagi, yang sulung baru umur 11 bulan dan yang kedua baru saya bersalin 19 June Lepas. Pasal keluarga Kami, mungkin terlalu berat dorang nak terima smpai sanggup nak buang, tetapi percayalh ini demi kebaikan anak anak kami. Mgkin suatu Hari nanti mereka Akan terbukak hati untuk terima hakikat yang Kami lebih bahagia dlm rumahtangga kedua ini. Susahnya anak anak bila Kami berdua berpisah. Kami mcm kehilangan hak untuk anak anak kami bila dh berpisah ni.
Doakan Kami boleh kembali menjadi suami isteri dan menjadi ibu bapa yang lebih baik untuk anak anak kami. Terima kasih admin siarkan.