assalam saya ingin minta pendapat, cerita nya begini. usia perkahwinan saya sudah 3 tahun dan belum memiliki cahaya mata . setelah 3 tahun berkahwin, saya cuba untuk menyayangi suami saya, ya saya berkahwin atas sebab kepentingan orang lain. masa bertunang lagi saya cuba elak kan diri ke alam pernikahan. tapi desakan keluarga, saya terima walaupun hati saya tak ada sikit pun rasa cinta atau pun sayang.
Selepas berkahwin, saya cuba untuk cinta dan sayang pada suami halal saya sampai lah tahun ke tiga tapi hati saya meronta, masih tiada sikit pun kasih sayang untuk dia. bertahun saya cuba pujuk hati saya. tak boleh juga, saya serba salah. macam menyeksa suami halal saya. hati saya seksa, kebahagiaan diri saya sendiri tak jumpa.
Sampai satu masa saya berterus terang dengan suami, dan suami menerima . tetapi keluarga saya tentang perbuatan kami takut saya menjadi bebanan mereka bila saya bercerai. saya berkahwin atas sebab kepentingan mereka. tapi bila saya cuba untuk cari kebahagiaan saya sendri, mereka tentang takut saya balik pada pangkuan mereka dan jadi satu bebanan untuk mereka menjaga saya ,
umur saya masih muda.
Setelah suami setuju tapi dia meletak kan satu syarat, kami akan tinggal berasingan tapi tak kan lepaskan saya selama 6 bulan atau lebih sebab dia ada plan dia sendiri. benda tu saya rasa lagi menyeksa saya. dia lelaki yang baik pada saya. tapi hati saya dah tak boleh terima .saya umpama berkahwin atas kesenangan orang lain saya tiada orang ke 3/4 atau ke 5 sekali pun. hidup saya balik kerja tidur
Macam mana saya nak buat? boleh bagi nasihat untuk saya bagaimana saya nak mengatasi benda ni. kawan2 saya semua kata desspresion sebab dalam masa hati saya sedih, saya selalu pergi kubur arwah atuk saya, saya bercakap dengan dia walaupun saya tahu, saya tak nampak dia dah. saya tak dengar suara dia dah. tapi hati saya lega bila saya cakap dengan dia walaupun tinggal kubur.
Saya rasa bila saya lepaskan apa yang hati saya lalui rasa lega selega nya. saya tiada tempat untuk luah kan. mak ayah saya dah bercerai masing2 dah berkahwin lain. fokus pada suami isteri baru mereka. saya tak mintak untuk di kecam. saya tahu akan ada kata2 yang menyakit kan hati. tak apa saya terima, cuma saya minta bagi nasihat apa perlu saya buat . sekarang suami saya nak ikat saya dia tak nak lepas kan macam gantung tak bertali . benda tu lagi menyeksa saya .




