salam admin krt. hai warga krt. saya nak minta pndapat semua. suami saya selalu cakap saya malas dan dia menyesal dapat isteri macam saya sebab saya ni memang pemalas dan tak guna.. saya rasa saya ni ckup penat kot…tapi kadang2 saya fikir betol ka saya ni malas atau memang suami saya tak reti bersyukur.. ok ni saya cerita rutin harian saya dengan suami. lepastu saya minta sangat warga krt ni bagi pendapat betul ka saya malas dan apa yang perlu saya buat…
setiap hari start kul 6 pagi saya bangun buat brakkfast kalau suami keja shift pagi. Dia jenis kena makan pagi sebab sebelum pergi keja nak buang air besar siap2 tapi kekadang saya tak terjaga atau terjaga lewat so tak ada buat breakfast.. sempat bancuh ayaq ja.. dan kalau tak terjaga jugak.. dia tak minum apa terus pergi keja.. sebab saya kadang memang tak terjaga.. walupun kunci jam..
Ok lepas dia pergi kerja.. mula rutin saya. kemas umah apa yang patut basuh baju. pinggan sidai baju dan rply wasap custmer sebab saya ni peniaga online. lepastu sambil reply wasap bersiap untuk hantaq anak pergi sekolah.. anak yang saya 3 orang tapi sorang stay dengn mentua saya. sebab mertua minta nak hantaq sekolah sendiri. tinggal dua orang dengan saya.. yang kecik 2 tahun ikut saya buat keja. so kalau nak hantaq kakak kena la angkat jugak sikecik tu tengah tidur..
kalau sempat mandi sebelum hantaq kakak. saya akan terus keluar buat keja. ambik barang pergi cod barang. kalau tak sempat balik mandi dulu. lepastu keluar pulak pergi cod barang dekat custmer. sehari insha allah lebih 10 tempat saya cod. Faham la saya buat kerja sambil bawa anak lelaki yang umur 2 tahun perangainya macam mana. kadang sampai saya menangis sambil drive sebab penat layan kerenah dia.
Temgah hari saya kena pergi ambik anak sekolah. terus ikut saya sambung hantar barang. makan nanti saya akan berhenti ja kat kedai untuk anak2 dan saya makan. Tapi kalau tak sempat saya beli ja fries ka.. roti anak2 makan dalam kereta sebab saya kena cepat. kalau suami kerja pagi saya kena balik rumah seblum malam. sebab sat lagi dia cakap orang lain pun bisness jugak tapi saya ni macam tak ada siang dah so untuk tak mau gadoh saya akan habiskan sebelum malam.
Tapi kalau dia keja petang saya akan all out hantar barang kadang sampai pukul 11 malam. sebab saya kena keja keras sebab semua benda dalam rumah saya yang kena tangung. duit sewa rumah. kereta yuran anak2 makan belanja suami pergi keja mnyak keta suami pergi kerja. minyak kereta balik kampung lagi. anak2 nak apa2 semua saya yang kena taggung. kalau nak bli apa2 semua saya. rokok suami pun kadang saya yang kena beli..
Ya kadang suami tolong jugak angkat2 barang dekat saya. tu saya tak kisah la kalau dia minta sekali sekala tapi bila selalu saya mula bising la.. bila bising ja mesti akan gaduh.. dia bagi belanja sebulan 150 ja dekat rumah..150 tu la bli barang dapur beli pampers susu anak. dia iangat cukup ka.. bayangkan la belanja dapur dengn makan dia bagi 150 kadang ja 200. bila bagiadoh ja dia akan ungkit saya tak masak. selalu beli makanan luar.
Katanya saya ni tak macam isteri orang lain, dia akan cakap orang lain pun berniaga juga boleh ja buat kerja rumah apa smua. kerja rumah memamg saya buat cuma kadang letih saya biar dulu baju tak basuh.. tak sapu sampah sebab anak2 memang suka sepah. dia kadang2 ja tolong. kalau dia tengok saya tidur awal memang dia tak kan buat sebab dia macam dengki dengan saya. saya balik umah rehat ja padahal dia tak tau saya keluar sama dengan dia kluar buat kerja.
Cuma bagi dia kerja sendri ni boleh rehat bila2 masa ja. kadang saya bagitau dia. saya ni makan pun tak sempat lagi. dia kata awat yang tak makan. kerja sendri nak kalut apa. dia tak tau saya punya nak jaga custmer. saya hantaq barang kadang sampai malam sebab da custmer yang urgent nak barang. sedih la kadang2. dia cakap saya ni kerja sendiri bukan penat. kadang sampai cramp kaki dok drive hantar barang.. anak saya memang suka merap dia berbanding saya.
Dia mula stresss dia kata saya ni selalu dera anak kot tu yang anak tak suka dekat saya. ya la dah seharian dengn saya balik nak main dengn dia pulak la. tu pun jadi masalah. saya ni sebelum balik rumah mesti beli makanan sesiap sebab sat lagi memang tak larat nak masak. lagi pun kami dua orang ja nak makan. anak2 bukan makan sangat. Lagipun kalau masak kena buat dua bahgian. anak2 tak lah pedas dia makan pedas so nak senang saya beli ja. kurang sikit kerja tidak nak balik masak mengemas penat.
walupun tak masak saya tak pernah biar depa semua kelaparan. tapi untuk pengetahuan kadang saya masak jugak. walupun penat sebab nak ambik hati suami. tak mau bergadoh. tapi setiap jumaat saya dah set nak cuti means nak spend masa dengn family. Selalu jumaat memang saya masak la. hari lain ja kadang tak sempat memang beli ja. selalu sqmpai ja rumah. hidangkan makan. Lepastu dah makan mengemas pulak. lepastu kalau saya dok rehat2 tengok fone sebab dok reply wasap custmer yang tak sempat reply.
Sebab saya dok drive hantar barang kadang memang tak dan nak rply yang tanya barang ka pa..balik la baru nak reply..tu sat ja.. lepas dah bagi depa semua makan. sambil rehat sat ja saya pegang fone.. lepas tu nak kena pekesah anak2 tidur pulak. kalau saya tidur dulu tanpa ambik pampers anak2 tanpa bancuh susu anak2. memang sat dia pergi tarik muka la. memang bergadoh la walupun kadang saya pening kepala ka. saya kena urus anak2 dulu baru saya boleh tidur sebab bagi dia saya ni kerja sendri keja tak pena dia je kerja penat.
tu la kadang2 saya tidur tak sedar anak teriak malam2 nak susu lagi. dia kata saya ni kalau boleh tidur tak ingat apa dah. sampai anak bunyi pun tak bangun. dia pergi kerja pun kadang saya tak terjaga. saya jaga lambat. Saya dah cuba macam2. nak bagi saya bangun ontime time dia pergi kerja. Tapi kadang memang tak sedar langsung bunyi jam. tambh kalau saya buat partime malam kul 8 sampai kul 1 balik memang penat sangat bila letak kepala ja memang terus tak ingat apa..
Saya buat partime sebab sale kadang menurun tak cukup nak bayar sewa rumah. tu pun seminggu ja sebab suami bising saya keluar malam tinggal anak2 kat dia. ya la pergi kerja denngn orang tak kan nak bawa anak. nak buat kerja macam mana. Saya buat partime tu start masuk pukul 8 memang non stop sampai pukul 1.. berdiri buat kerja. dia punya rutin. bagun pagi pergu kerja balik kerja rehat. dan satu lagi dia ni suka main no ekoq saya dah puas nasihat. duit gaji dia banyak habis kat no ekoq la..tu yang saya slalu bising kat dia..
Saya tak kisah kalau tak dak duit nak makan. saya sanggup bagi duit saya. tapi dia buat benda tak elok. macam mana saya tak bising. bila bising dia suka kata saya mengukit la. saya ni isteri derhaka la. warga krt salahkah saya. pemalas ka saya. Ibu tak,guna ka Isteri tak guna ka. tak tau la saya nak pikir lagu mana lagi. ka pembahagian masa saya ni tak betul or da pendpat apa2 tak.. sedih la bila suami selalu cqkap saya ni pemalas. saya ni isteri tak guna.