Salam warga KRT. aku ada sorang isteri dan 2 orang anak. perkahwinan kami sudah mencecah 10 tahun lebih ( alhamdulillah ). isteri aku suri rumah walau pun ada degree, aku yang tak bagi kerja. Isteri aku ni bukan jenis yang meminta2. sampikn aku pula susah nak belikn dia apa. aku kalau boleh setiap minggu aku nak hadiahkan something untuk dia…
1 hari tu dia minta izin nak beli alat solek.. aku pun pelik la sebab dia ni jenis tak ber solek.. Selang beberapa hari tu masa aku balik dari kerje memang rutin la dia sambut aku kat pintu tapi hari tu hampir terjatuh aku sebab terkejut. punya la cantik isteri aku hari tu. belum pernah aku tengok dia bersolek.
last aku tengok dia bersolek masa bersanding dulu tu pun macam cina opera. kali ni memang lain. aku jatuh cinta kali kedua. malam esok nya aku ajak isteri aku pergi shoping le. lepas dah siap semua, masuk la dalam kereta. pelik lagi sekali tengok isteri aku ni. tak bersolek pulak nak keluar.. aku tanya kenapa tak makeup.. dia jawap. cantik dia untuk tatapan aku bukan untuk orang luar….
sepanjang perjalann kami aku diam je, sedar tak sedar air mata aku meleleh bila ingatkan jawapan dia tu. sampai je kat mall aku bagi tau kat isteri aku, cancel pergi shoping. mata aku merah, segan le nak jalan. terus balik rumah. masuk je rumah terus aku peluk isteri aku semahu2 nya. syukur pada mu ya Allah pinjamkn aku pasangan hidup sebaik isteriku. Allah dah beri kita pasangan hidup, buruk baik datang dari kita.




