Salam min. Tq jika post ini dipublish. Saya lelaki, dah berkahwin dan ada 2 anak. Sekarang ni bini tengah sarat mengandung anak ke 3. InsyaAllah, due hujung bulan ni. Saya cuma nak luah rasa serba salah ssbagai seorang suami dan adik. Ceritanya macam ni. Minggu lepas, kakak saya datang menumpang di rumah kami memandangkan suaminya ada urusan di tempat ni. Company suaminya dah sediakan tempat penginapan, tapi kakak saya nak stay di rumah saya sebab katanya bosan duk di hotel.
Saya suarakan hal ni pada isteri, dan isteri kata dia tak kisah, cuma dia risau kalau tak larat nak layan kakak saya memandangkan dia pun dah sarat. Masak pun ala kadar je. Saya yakinkan dia bahawa kakak saya pasti akan memahami kerana dia juga dah ada 3 anak. Awalnya semua nampak ok. Saya dah pesan pada isteri supaya jangan terlalu buat kerja berat. Lagipun saya keluar pagi dan balik malam. Isteri iyakan saja.
Masalahnya bermula hari ke 3. Bila saya balik rumah dan buka pintu, saya terkejut tengok rumah yang bersepah dan tak terurus. Butir nasi bertaburan atas lantai bersama kesan tompokan air manis, mainan pula bersepah disana sini. Kakak saya sedang khusyuk menonton drama pukul 7 dan anak2nya sedang bermain mainan. Saya yang penat terus rasa panas dan masuk ke bilik mencari isteri. Isteri saya masa tu sedang pakaikan baju tidur pada anak2 kami. Terus saya soal padanya tentang keadaan ruang tamu yang bersepah. Saya marahkan dia, mengatakan dia malas mengemas rumah.
Dan masa itulah terjadi pertengkaran yang paling besar antara kami. Selalunya isteri saya hanya diam saat saya marah atau bergaduh tapi kali ini dia membalas kata2 saya dengan suara yang tinggi
Katanya hari ini sahaja sudah lebih 3 kali dia terpaksa menyapu dan mengemop lantai gara2 anak kakak2 saya yang makan bertaburan. Malah, kain baju yang siap dimesin pun isteri saya jemurkan, dan angkatkan. Kakak saya cuma bermanis mulut, katanya eh xpayah la buat. Nanti kakak basuh. Masalahnya baju dah 2 hari dalam mesin, masih tak dibasuh. Petang2 anaknya request makan nugget, fries dan isteri saya yang masakkan sebab kakak saya minta dia buatkan. Katanya alang2 tu, boleh makan sambil tengok TV.
Dan saya pula balik2 terus nak badmood marahkan dia. Lepas je mengamuk, dia masuk ke bilik air. Dan masa tu saya tersedar, ada betulnya kata isteri saya. Kenapa saya cepat sangat marahkan dia sedangkan dia sangat menjaga kebersihan rumah selama ni walaupun sedang sarat mengandung. Malam itu, waktu semua dah tidur saya usap rambutnya dan dia tersedar dia menangis dan meminta maaf kerana meninggikan suara pada saya. Katanya dia terlalu penat, ditambah pula dengan tuduhan saya itu membuatkan dia kecil hati. Saya juga meminta maaf padanya.
Lalu dia meminta izin dari saya untuk pulang kerumah ibu bapanya bersama anak2. Saya izinkan walaupun berat hati.
Hari2 seterusnya, saya makin stres bila balik kerja tengok rumah makin bersepah dan kakak saya langsung takde usaha untuk bantu kemaskan rumah walaupun anak dia yang menyepahkannya. Macam mana saya nak tegur kakak saya ni ye? Saya risau kalau saya tegur, dia akan kecil hati dan tuduh saya lebihkan isteri dari adik beradik. Soalnya saya sendiri pun dah rimas dengan rumah yang bersepah begini.