Salam warga krt. Saya nak tanya pendapat semua warga krt. Saya kawin dah 3 tahun. Dan ada 2 orang anak sekarang tengah mengandung anak ke 3. Mula nikah dulu saya dan suami cuma sempat stay sekali 5 bulan sebelum dia kena pindah tempat kerja off shore. Dan hampir 2 tahun lebih kita orang pjj. Dan sekarang dia dah balik kerja kat on shore. So sekarang hampir 2 bulan saya stay gan dia balik.. Sekarang saya agak pening stress sebab semua tak kena di mata dia.
Saya masak dia kata tak sedap. Ya memang akui saya tak pandai masak at least saya try dan tak pernah dia balik kerja saya tak masak, tp still tak kena dimata dia. Dia kata bosan masakan kg. Nak western pun saya try tapi masih tak kena. Mungkn dia tak tunjuk perangai sebenar dia lagi. Sekarang baru tunjuk kot. Saya tak tau apa dia nak sebenarnya. Saya kemas rumah, basuh baju jemur baju jaga anak semua tak kena. Dia kata saya malas dan bermacam lagi. Tiap malam saya menangis sedih dengan apa dia kata.
Dan sekarang saya pun tengah mengandung tapi dia langsung tak jaga kata kata segala perkataan dah dia kata kt saya bawak malang laa bawak bale pertaka laa sampah laa tak ada masa depan lah kira nya macam saya ni syial sangat laa. Dia jugak kepala angin. Dia salah tak ape. Tapi saya salah habis laa saya kena. Marah saya depan orang depan fmly saya. Sampai mak saya pun dah tak mahu mari dirumah saya sebab dia serabut tengok kami berdua.
Dan baru baru ni saya kena admit ward sebab terlalu penat buat kerja dan stress. Dia baik laa kejap beli ubat semua kat saya Dia beware mulut tu dalam semingu lepas tu dia buat balik. Lagi satu saya mengdu sakit pinggang ke apa dia cakap saya mengada laa manja laa. Orang lain beranak 10 ok jaa. Sedih min dengar macam tu. Dan saya memang tiap ngdung memang akan ada maslah thalasemia. Cuma dia jenis tak leh dengr saya mengadu sakit memang dia akan marah saya jangAn mnja sangat.
Tapi dia bab tanggungjawab tu kira ok laa. Macam saya cakap nak makan apa dia akan beli. Duit belanja dia bagi cuma apa saya beli saya kena list kat dia. sewa rumah makan bil semua dia bayar okey. Belanja saya pun ok. Cuma dia nak tau duit keluar saya beli apa. Cuma sekarang saya tak tahan degan mulut lidah dia yang terlalu pedih cakap tanpa pikir perasaan saya. Em. Lagi satu min mak dia tak suka saya dgn anak anak saya. Tak pernah mari tengok anak anak saya. Dan saya nak ikut suami saya balik kg dia pun mak dia tak kan bagi.. Emm sedih kan hidup saya..
Saya rasa macam nak pisah je sebab saya tak pernah rasa bahagiaa macam fmly orang lain. Dia pun mengaku tak pernah bahagia degan saya tapi anak dah 3 emm. Lagi pun fmly dia taksuka saya dan anak anak. Biar laa saya pulangkan dia pada fmly dia. Sekarang apa patut saya buat? Saya betul betul dah tawar hati dengan mulut lidah diaa yang sangat berbisaa. Ke saya hadap je perangai diaa demi anak anak? Sampai hti saya sndri terluka. Maaf ye kalau penceritaan ni ada yang pening. Sebab saya sendiri pun serabut nak cerita macam mana. Thank you min




