Assalamualaikum semua,saya nak minta pendapat semua…tapi firstly jangan la kencang dan membawang…. saya dah 7 tahun berkahwin dengn suami, dikurniakan 4 orang cahaya mata dan lagi seorang keguguran. saya seorang business full time housewife fulltime, suami plak kerja sebagai pengawal polis di istana… selama 7 tahun kahwin rumahtangga kami memang ada masam manis ye.. memang kami bahagia sangat sangat, sampai satu ketika mertua saya suka sangat masuk campur hal rumahtngga kami sehingga dalam kain nak ambil tahu semua, sampai satu ketika famly suami menunduh saya berbuat buruk kepada suami bagi suami makan benda kotor padahal saya tak terlintas dan tak terfikir langsung nak buat semua tu…
satu hari terjadi pergaduhan antara suami dan mertua, sebab mertua tuduh saya diluar kawalan dan batasan.. suami kenal saya ni macam mana tidak bertegur sapa dan kami tak pulang kekampung suami agak lama juga… lepas dri tu suami mula berbaik dengan famlynya dan sekarang saya ada masalah besar pula, saya tiap malam bermimpi bukan bukan, ada orang macam panggil saya luar tingkap sambil dukung baby, kadang bila tidur rasa macam berat kena tindih. mimpi bukan bukan. bila suami saya ada dirumah saya mula sakit kepala yang amat sangat macam nak pecah, bila berhubunga intim rasa hambar cam takde apa apa padahal kalau ikut selama ni kami amat amat ok…
sekarang saya jadi macam keliru dan tawar hati kat suami sampai saya berkawan dengan seorang duda dan duda tu jatuh cinta pada saya… saya kalau ikut hati suka berkawan sahaja tak berminat dengan duda tu sebab teringt suami bila suami kerja rasa kasihan, rasa rindu bila berjauhan.. bila dekat rasa sakit kepala macam pecah… nasi masak kat rumah pula selalu basi tak sempat smpai esok atau tengah malam jika masak petang… sekarang saya buntu saya terkantoii mesej dan video call dengn duda tu, saya dah minta maaf pada suami tapi suami tak balas diam tanpa kata kata…
suami balik kampung dia jumpa mak ayah dia sekarang..saya sgt sgt buntu, mcmmana entah saya boley mesej duda tu siap bagitau bahagia dan ingin berkahwin plk masa tu suami sya tengah kerja padahal bila bca balik mesej kantoii tu saya tak nak kat duda tu.. cmna saya nak buat sekarang ye…saya tak boley nk duk dekat kat suami memng kepala sakit kuah dan jantung berdebar laju yg amat suami selalu tanya saya ada rasa pelik atau mimpi pelik ka saya bgthu tak ada sebab saya nak jaga hati suami sebab saya nampak muka yang ganggu saya orang tu memang suami saya kenal sangat sangat…
tolong kawn kawan macam mana saya nak buat untuk pujuk suami saya kembali… saya nak suami saya, saya masih sayangkn dia…bila dia jauh saya rasa rindu sangat… suami saya marah sangat sangat dan merajuk, saya tahu salah saya… tapi saya pon tak tahu macam mana boley terbabas kwan… kmi berkawan baru sebulan…




