salam tolong hide saya admin. saya anak kepada seorang janda . dulu waktu Mak saya nak kawen lain dengan suami orang saya halang saya marah mengamuk dengan sungguh2 halang perkahwinan dia. sekarang saya berkenalan dengan seorang janda niat hati awal2 cume nak main2 nak seronok2 tapi bila saya sentuh tangan dia saya rasa kosong macam banyak sangat yang dia lalui hingga pegang tangan pon macam tiada apa bagi dia.
Jadi saya mintak dia untuk jujur terus terang dengan saya apa yang pernah dia lalui. dia cakap banyak yang dia kenal semua suami orang datang untuk seronok2 ade yang mainkan dia ada jugak yang r0g0l dia. ada yang ikhlas datang nak buat isteri kedua tapi keluarga halang abang2 dan anak2 dia halang sebab suami oramg tapi diorang tak tau ape yg dah terjadi pada dia. Apa pandangan orang pada dia.
Orang pandang hina sampai kawan pon tak nak jumpa kalau bawak suami atau jemput datang kenduri rumah. saya jadi jatuh hati pada dia tapi saya tersedar sesuatu apa yang saya dah buat pada mak saya macam mana saya marah hina dia perampas dan tuduh dia bukan2. saya jadi nak sedih sangat hina berdosa sampai skang mak saya tak kawen sebab apa yang saya dah buat.
Dosa saya banyak sangat tak mungkin saya boleh ulang masa macam mane saya nak mintak maaf kat mak. nasihat saya kat pada semua. berkawen dengan laki orang bukan perampas kenapa kita nak halang sedangkan kita cuma manusia layak kah kita melabelkan seseorang tu sebagai peny0nd0l dan macam2 lagi. kepada lelaki diluar sana janganlah awak hadir dlm hidup seorg Ibu tunggal atau janda hanya untuk mempermainkan dia. dia manusia bukan alat percubaan pemuas nfsu.




