Assalamualaikum. Admin hide profile aku. Aku nak mintak pendapat ape yang harus aku lakukan. 2014 aku ada minat seorang perempuan ni. Jadi aku ambil jalan kenal family dia dgn lebih dekat. Family dia org2 baik. Tetapi oleh kerana fitnah orang kampung. Jadi ibubapa aku tak suka aku berkawan dgn perempuan ni. Bila aku suruh ibubapa aku kenal mereka dulu tapi mereka enggan berkenalan. Mereka sudah termakan fitnah orang kampung
2018 aku minta restu dengan ibubapa aku untuk berkhawin dgn perempuan tersebut. Mereka restu tapi jangan kawin di malaysia. Jadi aku kawin di luar negara oleh kerana itu yang ibubapa aku nak.
Sehingga 2019 sampai aku nak ada anak dah min tetapi ibubapa aku tetap bencikan famliy mertua aku tanpa kenal mertua aku. Hanya kenal dari mulut fitnah orang kg.
Aku respect dgn keluarga mertua aku. Walaupun ibubapa aku pandang hina terhadap mereka. Mereka ttp dtg rumah aku untuk mengeratkan silaturrahim. Tapi ibubapa aku tak pernah nak jejak kaki rumah mertua aku. Dulu sebelum nak kawin merisik pun tiada min. Sampai skg dia pandang hina istri aku. Ape yang perlu aku buat min? Tak kan aku terpaksa ceraikan istri aku demi ibubapa aku? Bagaimana dgn anak aku istri aku min? Istri aku selalu nangis min. Aku buntu




