Assalamualaikum Admin
Mohon siarkan kisah aku sebagai pengajaran. Aku seorang isteri dan ibu kepada 2 orang cahayamata. Kini aku sedang hamil 3 bulan. Perkahwinanku sudah menjangkau 5 tahun. Cerita yang aku ingin kongsikan mengenai suami aku. Dimata aku suami aku sangat perfect Bertanggungjawab penyayang romantik mengambil berat dan seorang pendengar dan penyokong yang baik dalam kerjaya aku. Aku seorang Tenaga pengajar. Aku sangat menghormati dan terlalu mengagung agungkan suami aku sendiri. Dan saat yang paling terharu dan aku hargainya waktu dia menjaga aku dengan baik bila aku jatuh sakit. Menjaga aku dengan baik selama aku berpantang.
Sebenarnya aku tidak mempunyai masalah dengan suami aku gaduh gaduh kecil kadangkala tak sependapat tu biasa tapi tidak pernah berlarutan dan tidak serius. Aku pula isteri yang tidak pernah berleter pada suami. Kami menghormati satu sama lain. Berbincang bila ada masalah.dan kehidupan aku bersamanya tersangat bahagia.Terlalu indah.Dia lah kekuatan aku.Dia segalanya bagi aku.Tapi ada satu benda sahaja menjadi rahsia antara kami iaitu hp suami. aku tak pernah tahu password hp suami.Dan aku tahu dalam hp suami tersimpan 1001 rahsia. Naluri hati aku sebagai seorang isteri aku syak suami aku ada perempuan lain.sebab aku boleh nampak dia bercakap hp tapi sembunyi di dalam kereta. Suami aku ada ramai kawan. Selalu keluar dengan kawan kawan.
Kadangkala waktu suami aku keluar aku seakan tidak sedap hati. Aku tetap rasakan ada sesuatu. Aku berdoa kepada Tuhan jika suami aku melakukan sesuatu yang buruk di belakang aku, aku minta Tuhan tunjuk kebenarannya. Aku minta dia kemalngan. Sesungguhnya aku isteri yang teraniaya. Tuhan mendengar rintihan aku. Ya suami aku terlibat dalam kemalngan jalan raya bersama kekasihnya. Waktu aku dapat tahu mengenai kemlangan tersebut sumpah aku tidak langsung terkejut. Seakan aku dapat membacanya dari awal. Keadaan suami aku dan kekasihnya agak parah. 3 minggu suami aku di hospital.Aku sedih diperlaku begini demi Tuhan aku maafkan mereka. Aku tidak salahkan kekasih suami aku kerana dia tidak tahu yang suami aku sudah berkahwin.
Aku dapat tahu semua dari pengakuan kekasihnya. Separuh jiwa aku pergi.Dengan keadaan aku yang hamil. Ikut hati aku matti, tapi aku kuatkan hati dan akal dengan memaafkan suami dan menjaganya selamanya dia sakit dan terlantar. Suami aku tidak putus putus mohon maaf setiap hari dari aku.Tidak aku pinta jasaku dibalas.Dan tidak kupinta wang perbelanjaan kos pembedahan hampir 10k dibayar balik. Biar Tuhan sahaja yang menilainya. Atas rasa tanggungjawab aku sebagai isteri,dan ibu kepada anak anakmu aku berdiri teguh disini. Ya memaafkan itu mudah. Melupakan itu tidak bagi aku.Setiap hari airmata ini pasti akan jatuh.
Tidak sesekali akan aku tunjukkan air mata ini dihadapanmu suami. Aku isteri yang kuat dan tabah.Aku tidak lemah. Aku tidak akan jatuh kerana seorang lelaki. Terima Kasih Tuhan atas ujian ini. Kerana ujian ini aku semakin dekat padamu. Dulu aku lalai. Aku agungkan suami aku sendiri sehingga aku lupa pada Mu. Sekarang hanya kepada Mu aku berserah, bersujud dan berdoa. Nasihatku buat para suami hargailah isterimu. Pengorbanan isterimu bekerja keras siang dan malam untuk menyenangkan dan meringankan bebanmu.Jangan pernah lupa asal usulmu dan status dirimu sebagai suami.Doakan aku terus kuat bersama kandunganku. Doakan semoga perhubungan kami suami isteri kembali erat dengan kasih sayang. Terima Kasih Admin.




