Salam min..saya nak share satu cerita. hide lah profile saya ye untuk mengelakkan perselisihan faham bagi yang hidup ataupun matti. berdasarkan kisah benar seorg wanita yang saya kenal. dibawah ini penulisan dia. Saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang umurnya tidak jauh beza dari saya. Saya juga mempunyai seorang anak luar nikah sebelum berkahwin dengan dia. Suami saya pernah pukul anak saya sehingga dia masuk penjara. Saya ada anak dua org dengan suami saya ini. Saya telah memaafkan kesilapannya yang lalu dan kembali bersama seperti biasa.
Dia juga pernah pukul saya apabila saya buat silap dan tidak membuat seperti yang dikehendakinya. Saya selalu bersabar walaupun dicaci maki, dihina. saya tak tahu kenapa saya boleh tahan dengan semua tu. Saya pernah lari rumah dan balik kerumah orang tua saya. dia datang dan pujuk saya. Saya terima. Saya kembali lagi bersama. saya juga pernah lari dan cuba untuk menuntut fasakh atas perbuatan dia dan cuba untuk hidup sendiri. masih lagi saya tidak mampu berdiri diluar sana. Saya kembali lagi atas pujukan dia.
Bab nafkah dia tak pernah cuai. nafkah mencukupi. saya dipukul sebab saya buat perangai katanya. Contohnya, saya lambat masak, saya masak tak betul, apabila anak lambat ngaji, anak lambat tidur, tak ikut jadual yang dia buat. ada banyak lagi sebenarnya. dia akan kata saya cari pasal padahal saya tak berniat pun begitu bertambah lagi dengan keadaan saya sarat mengandung. kadang2 saya alami letih sesangat sampai terlepas waktu2 jadual tu. terlajak tidur.
Saya selalu kena pukul kalau hal berkaitan anak sulung saya tu dia kata anak saya ni hati busuk padahal anak saya ini baru 8 tahun. Dia kata dia boleh tengok masa depan budak tu. hebatkan suami saya. dia selalu suruh kami solat tapi dia sendiri tak solat. sembayang jumaat kadang2 sengaja tak pergi. saya pun tak tahu apa masalah dia. kalau saya menjawab benda betul dia tak boleh terima salah dia. Malau saya tak jawab dia marah pulak. apa perlu saya buat. Dia kata saya pentingkan diri sendri. mungkin betul juga, mungkin saya tak nampak dimana silap saya. saya tak pernah menyenangkan hati dia katanya. Saya dah cuba sehabis baik saya. saya tak tahu macam mana nak senangkan dia lagi. semua yang dia suruh saya buat. cuma kadang2 saya terlupa nak buat.
saya ni memang pelupa, lepastu pekak sikit mungkin sebab selalu kena lempang kat telinga kot tak tahu lah. dia suka bandingkan saya dengan perempuan2 yang dia pernah kenal. saya juga digelar b@bi. sebab dia kata perangai saya macam b@bi.. kalau ada barang rosak dirumah, dia akan kutuk satu keturunan saya penjahan@m katanya. kulit sofa terkopak sikit sahaja dan langsung tidak memudaratkan sofa tu pu akan menjadi isu sampai ke esok. Tile pecah dia kata disengajakan.. kenapa la saya nak pecahkan tile tu mcaam tak ade kerja kan. Saya banyak kali cakap dengan dia. kalau saya ni memang tak pernah menyenangkan hati. menyusahkan kenapa tak ceraikan sahaja saya secara baik. pulangkan saya. Saya kata.
Dia akan kata saya kurang ajar kalau saya berkata begitu. dia kata “kau patut bersyukur kalau bukan sebab anak aku, dah lama aku campak korang entah kemana dia kata” biar kau hidup merempat dia kata. saya memang orang susah, tapi kenapa dia nak kahwin dengan saya dulu. saya dah cuba untuk jadi yang terbaik. saya nak bekerja dia tak bagi sebab dia kata tak ada orang jaga anak. gaji dia memang cukup menampung kehidupan kami. Lepas tu dia suka bandingkn saya dengan wanita yang bekerja. Dia kata lagi baik dari saya sebab mampu buat semua. kerja, jaga anak apa semua tu.
saya minta nak kerja dia tak bagi pula. kat mana silap saya. rumah sentiasa berkemas, cuma kadang2 anak2 bermain sepah dengan mainan dorang itupun saya suruh kemas cepat2. kalau dia tidur sorang pun tidak boleh buat bising. kalau anak sulung saya buat bising teruk kena lempang. kalau anak dia yang buat bising, saya yang kena lempang sebab tak jaga katanya. masalahnya budak2 tak nak dengar bila saya suh diam je. dorang macam tak tahan duk diam je sebab nak bermain kena la bercakap kan. Kalau saya lambat masak dan bukan ikut time yang dia suruh tu. dia akan suruh buang semua lauk yang saya masak tu dan jangan makan sampai esok pagi. kesian kat anak2 ikut berlapar.
Saya cuba mencari kesalahan dan silap saya. mungkin saya tidak cukup muhasabah diri dan tak layak bergelar ibu. Dia kata kalau tak dapat jadi ibu jangan jadi ibu. macam mana tu? saya selalu dipanggil b@bi, bangang ,b0d0h sampai kadang2 anak saya yang kecik selalu ikut perkataan yang tidak bagus tu. tapi suami saya ni rajin dengar ceramah agama. tapi tak solat. dia rasa dia selalu betul. dan dia kata saya ni selalu rasa diri baik. saya tak pernah rasa mcm tu betul. Saya hari2 mencari keslahan diri saya. saya siap suruh dia kahwin lagi satu kalau dia nak. saya tak kisah. kot2 dia berjumpa dengan org yang menyenangkan hati dia. Dia juga kaki main ps4 sampai kadang2 3 hari tak mandi. Dia suka duduk dalam bilik study lama2 dan saya tahu apa dia buat. dia melanc@p. saya tahu sebab saya selalu check history yang dia search kat google. saya juga selalu jumpa tissue yang berbau air m@ni.
Mungkin saya ni kurang baik untuk dia. saya pernah bermakeup kt rumah. pakai cantik2. dia tak pandang pun. dia kata buang tabiat. muka macam hantu pakai makeup dia kata. saya pakai nipis2 pun sama gak. nak kata dia gaay tak juga sebab saya tgok history tu dia tgok laki pompuan. Kat mana silap saya kat sini? hati saya ni cepat lembut. Saya marah kejap je lepas tu saya lupa. saya tak belajar tinggi pun. Sampai pmr je. mungkin saya bukan perempuan idaman dia. saya asalnya bukan islam sebelum berkahwin dengan dia. Keluarga saya terima baik saya masuk islam.saya dulu hanya satu je niat agar dia boleh bimbing saya kejalan yang betul. Saya pandai solat pandai ngaji semua dia yang ajar. tapi knp dia perlahan2 tinggalkan semua tu..saya perlukan nasihat dan kata semangat..mungkin tips yang berguna.
Sekian sahaja dari saya.




