Salam. Hidekan ye min. Saya guna fb kawan. Usia perkawinan saya dan suami dah 4 tahun, suami saya duda anak 1.dia seorang yang baik, bertanggungjawab dan dan kami bahagia. Tetapi sekarang kami tengah di duga bila bekas bini suami datang merayu suami saya nak balik bersama atas alasan anak perlukan dia. saya pernah bertunang sebelum ni dan perkara sama pernah berlaku. Ex tunang saya merayu agar saya lepaskan tunang saya sebab dia tgh mengandung anak tunang saya dan saya lepaskan tunang saya agar dia bertanggungjawab pada ex dia dan sekarang diorang dah bersama. Alhamdulillah diorang bahagia.
Sekarang bekas bini suami saya pula datang merayu atas nama anak. Saya sayang suami saya bagaimana saya nak lepaskan dia sedangkan saya sendiri pun ada anak dengan dia.dan anak saya pun perlukan perlukan ayah mereka.. Wahai ex suami saya, Dulu masa awak minta cerai dengan suami kenapa awak x fikir dulu masak2? Awak lari bawa anak awak ikut lelaki lain. Awak cakap suami gemuk, makin hari makin buruk. Awak cakap suami tak dapat menanggung awak sebab suami awak orang susah..
Masa nak bercerai dulu awak maki suami depan mil di makhmah sebab suami taknak cerai sebab anak.. Dan masa bercerai di makhmah dulu awak mengandung 4 minggu hasil hubungan awak dgn lelaki lain.. Lepas lelaki tu tinggalkan awak, awak datang pula dengan suami saya balik.
Masa saya kenal dia dulu, hidup dia hancur. Tidur mana2 koridor bak gelandangan. Dia mabuk, dia hisap batu, dia tak terurus. Saya ni la yang berusaha kembalikan semangat dia yg hilang. Saya ubah dia balik jadi manusia yang ada masa depan sampai la pada suatu hari tu dia dah betul2 berubah dan dia jatuh cinta dengan saya. Hidup dia kembali ceria, penuh semangat, dia lebih teratur, saya bawa dia tiap petang berjogging dan sekarang dia dah tak gemuk macam yang awak cakap dulu. Lepas apa yang awak dah buat buat dgn dia dengan senangnya awak datang nak bersama balik?
Lepas apa yg saya korbankan utk hidupkan semangat dia balik awak fikir saya lepaskan dia pada awak macam tu je?
Saya dah cakap dengan suami, kalau nak balik saya redha sebab bekas bini dia cakap nak bersama balik sebab anak. suami saya cakap lebih baik sayang bun*h abang daripada sayang suruh abg balik dengan dia. Cuma 1 yang saya tak suka pada suami. Saya suruh suami beri nafkah pada anak dia dgn bekas bini tp suami tak nak. Dia bagi itau bekas isteri dia cakap masa kat makhamah dulu dia dan anak tu tak perlukan dia pun, dia larang suami jumpa anak sbb tak nak berurusan dgn suami, dah benci katanya. Dah ada lelaki lain ada duit bole tanggung kami bekas isteri dia ckp. sbb tu suami saya tak nak kirim.tapi lelaki tu pun dah tinggalkan dia sbb tu dia dtg balik pada suami saya…
Wanita2 yang dah berkawin dan terfikir nak minta cerai sebab lelaki lain korang tlg la fikir masak2. bekas suami dah kawin, dah bahagia ada keluarga sendiri baru sibuk nak bersama balik kenpa?
Senang je kan nak bersama padahal dulu merayu nak minta cerai. Korang bagi saya cadangan apa patut saya buat sekarang?




