Salam admin. Mohon hide profile saya. Mungkin terpanggil untuk kongsikan buat isteri2 yang tidak taat mahupun yang curang terhadap suami. Isteri pend0sa. Ceritanya macam ini min. Aku wanita 20an janda anak satu. Setelah 3 tahun berkenalan dengan suami dan mengharungi liku2 akhirnya kami berkahwin.
Suami seorang yang setia waktu bercinta. Walaupun sebelum berkahwin dia tahu saya janda tetapi dia tetap terima walaupun kadang2 cemburunya memang tinggi tetapi dia paling penyabar. Akhirnya kami berkahwin. Beza dia dengan suami pertama dulu memang jauh bezanya bagai langi dan bumi. Dia cukup2 bertanggungjawab.
Majlis yang meriah walaupun saya bukan anak dar4 dia tetap tidak kisah dan penerimaan keluarga dia sangat2 baik. Dia seorang yang cukup bab agama dan sangat2 rajin bekerja. Perkahwinan kami bahagia cuma seketika. Semuanya berpunca dari saya yang tidak puas hati dengan layanan dia yang terlalu sibuk bekerja sehinggakn waktu dengan saya cuma satu bulan cuma dua minggu.
Saya juga bekerja di sektor swasta. Kalau dari segi zahir memang cukup. Segala kelengkapan rumah. Duit semua cukup sehinggakan gaji saya satu sen pun dia tidak pernah guna. Disebabkan terlalu terikut sikap nfsu yang tinggi. Saya tergoda dengan layanan lelaki lain sehinggakan curang dan saya abaikan tanggungjawab saya pada suami dan anak sendiri.
Anak saya tetapi suami sayang macam anak dia sendiri sedangkan bapa kandung anak saya sendiri pun tidak sayang macam itu dan akhirnya perbuatan saya dapat dihidu suami. Betapa jahilnya saya masa tu. Dia sangat2 tabah. Saya makki dia minta dia ceraikan saya walaupun hakikatnya semua salah saya dan setelah dia penat untuk pujuk saya. Lalu dia uruskan soal penceraian kami di mahkamah dan buat saya terkejut dia cuma buat kes tidak ada keserasian.
Kali pertama kami naik mahkamah kes ditangguh atas beberapa faktor dan ditangguhkan pada tarikh 3 bulan berikutnya. Hari2 dia lalui saya dapat rasakan yang dia sangat2 kecewa dengan sikap saya dari raut wajahnya tetapi lelaki yang tabah ini tetap jalankan tanggungjawabnya macam biasa. Tanpa satu keluhan.
Saya? Tetap ego terhadapnya. Tarikh masuk mahkamah cuma tinggal lagi sebulan. Dia tetap bagi layanan yang baik dekat saya dan anak saya. Sehinggalah satu pagi saat dia keluar hendak ke tempat kerja seperti biasa. Dia datang dekat bilik saya dia peluk dan dia minta ampun segala khilaf dia. Dia kata maaf sebab tidak dapat jadi suami yang terbaik untuk saya.
Dia tinggalkan satu sampul dan berisi surat dekat atas meja bilik saya dan dia pergi seperti biasa. Sewaktu ditempat kerja. Saya dapat panggilan dari adiknya yang mengatakan suami kema langan dan menggal di tempat kejadian. Waktu itu saya rasa dunia gelap. Insan yang terlalu sabar saya sia2kan. Insan yang terlalu bertanggungjawab saya abaikan.
Berdosanya saya tidak sempat hendak memohon ampun dan maaf buat suami saya yang saya mula sedar saya terlalu cintakan dia. Buat suamiku. Walaupun sudah 1 tahun abang pergi. Saya tetap tidak kan lupa semua dosa2 saya. Maafkan segala dosa2 isterimu ini. Saya harap buat isteri2 diluar sana, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Hargailah suami yang terbaik. Thanks min. Semoga jadi pengajaran buat semua.