Salam, mohon hide nama saya. Saya sekadar nak minta pendapat on behalf of adik lelaki saya..Dia berumur 30 an. Pada tahun lepas, dia berkenan dengan seorang janda anak satu berumur 1 tahun lebih. Memandangkan dia sudah lama bujang, dia pun decided untuk berkahwin dgn janda itu.
Kami sekeluarga memang menentang perkahwinan tersebut memandangkan struktur kewangan dia yg tidak stabil.
Bila ditanya kenapa pilih janda, dia kata perempuan tersebut berkata, dia tak pernah bawa lelaki masuk rumah memandangkan status janda nya. Maka adik saya percaya yang dia pandai jaga kehormatan diri.
Tetapi, setelah bertunang, macam macam perkara dijumpai. Janda tersebut bukan sekadar pernah tinggal sekali dengan lelaki lain, malah pernah buat break up sek dengan lelaki lain. Adik saya dengan masalah kewangan plus dengan rasa malu sebab telah meyakinkan kami sekeluarga dan mempertahankan kononnya perempuan itu baik, terus decided kahwin.
Tak sampai 2 minggu, perang besar antara adik saya dan perempuan itu. Dituduhnya memasukkan clorox dalam makanan anak dia. Padahal, adik saya telah berikan tempat tinggal, telah tanggung makan minum anak perempuan itu termasuk baju dan pampers, diceritakan segalanya kepada kawan kawan. Siap terus minta cerai.
Adik saya terus bersabar. Berjaya pujuk.
Dengan mengatakan agak gila menuduhnya nak letak racun dalam makanan anak tirinya
Setiap kali giliran menjaga anak tiri (dorg rotate dengan bekas suami – itupn keluarga bekas suami yang jaga. Bapak budak tu buat bodh je), barulah si isteri ni rajin masak la. Apa lah. Kalau berdua dengan adik saya, bagi alasan mengandung. kemudian, gaduh lagi disebabkan anak tirinya itu tidak mahu memegang tangan adik saya ketika keluar.
Adik saya dengan penuh kecewa dengan kata kata isterinya, dan perempuan itu seterusnya meninggalkan adik saya dalam kereta dan terus menelefon keluarga perempuan tersebut utk ambil.
.
Bila adik saya dalam keadaan tekanan, beliau menceritakan saat perempuan itu dtg ke rumah dan ingin ambil pakaian. Dan ditanya kenapa nak angkat baju? Nak bercerai ke? Terus perempuan tu melenting. Dan kata kata kesat dilontarkan kepada adik saya.
Kami sekeluarga bukanlah ada perasaan sacarstic kepada janda tetapi bagi kami dah la bapa kandung budak tu tak bagi nafkah, adik saya yang tanggung, makan semua tak berjimat, selalu nak makan luar, baju semua nak branded, hutang lama dengan bekas teman lelaki dan bekas suami dia pun adik saya yang bayarkan, rasa mcm apa guna adik saya mendirikan rumah tangga. Siap dihina lagi adik saya dengan mengatakan keluarga sendiri pun buang adik sendiri. Padahal kami tak buang pun dia, cuma adik saya tak mahu libatkan keluarga memandangkan dia da cukup malu mempertahankan masa nak kahwin dengan janda.
Bila ditanya, isterinya solat ataupun tidak. Adik saya hanya menggelengkan kepala.
Kami sekeluarga masih lagi kasihan kepada adik saya. Perempuan itu juga sedang mengandung anak adik saya. Kami sekeluarga mencadangkan untuk menceraikan perempuan tersebut disebabkan faktor di atas. Adakah kejam jika kami mencadangkan penceraian?




