Assalamualaikum admin, biras saya mengandung anak kedua, dia berharap anak kedua perempuan, berharap sangat2 sampai dia bagi tau kat semua orang anak yang dia kandung perempuan walau belum tahu pun lagi jantina.. Saya risau kalau2 keluar nnti baby lelaki, takut dia meroyan sebab mase dia branak anak 1st dulu dia meroyan teruk sampai tak nak bercakap langsung dengan orang sebab sakit mengandung, mak mertua yang jaga time pantang, bulan 12 ni due date dia mak mertua mintak saya yang jaga biras time pantang..
Kebetulan pulak saya pun mengandung tapi due date saya bulan 3, sejak dia tahu saya mengandung ni dia asyik tepuk dan ramas perut saya, kadang dia cucuk guna hujung batang penyapu, walaupun dia buat smbil ketawa tapi saya dapat lihat dia mcm cemburu dengan kandungan saya.. Biras juga ada pesan kat saya anak pertama jangan perempuan, anak pertama bagus lelaki.. Tapi siapa laa saya nak tentukan rezki Allah. Saya risau sangat kalau dia dapat baby laki nanti takut dia meroyan dan aniaya saya dah lah nak first saya gugur pada usia kandungan 5bulan.. Mintak semua doakan saya dan kandungan kedua saya ni selamat serta sentiasa dibawah lindungan nya..




